KUALA LUMPUR, 13 OKT – Setelah berusaha selama 18 tahun, skuad hoki lelaki kebangsaan Malaysia akhirnya berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik dunia setelah menampilkan aksi memberangsangkan pada Siri Jelajah United Kingdom 2021. Perkembangan itu dimaklumkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal berdasarkan kemas kini ranking dunia di laman web Persekutuan Hoki