Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedutaan Arab Saudi anjur majlis iftar

    Oleh Lyna Mohamad –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Dalam mencari keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan dalam bulan Ramadan yang mulia, Kedutaan Arab Saudi di sini telah menganjurkan majlis Iftar tahunannya di Royal Berkshire, Jerudong Polo and Country Club, baru-baru ini.

    Dihoskan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah H. Al Buraithin, majlis dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew Abdullah; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yussof; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Majlis yang turut menyaksikan kehadiran ahli-ahli Kor Diplomatik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan tetamu khas.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan solat Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Pemangku Pengarah Urusan Hal Ehwal Haji, Jabatan Hal Ehwal Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali dan diakhiri dengan bergambar ramai dan sesi beramah mesra bersama semua yang hadir.

    ATAS & BAWAH: TYT Mohammed Abdullah H. Al Buraithin bersama menteri-menteri kabinet yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda