Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedutaan China gantung perkhidmatan di Ecuador

    BEIJING, 10 JAN – Kedutaan China dan semua konsulatnya di Ecuador hari ini akan menggantungkan perkhidmatan kepada orang ramai, katanya dalam satu kenyataan, ketika negara itu dikejutkan dalam apa yang disebut oleh Presiden Ecuador, Daniel Noboa sebagai ‘konflik bersenjata dalaman’.

    “Pembukaan semula kepada orang ramai akan diumumkan pada masa akan datang,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan akhbar dalam bahasa Sepanyol yang dikongsi di laman media sosial WeChat.

    Presiden Ecuador kelmarin memberi arahan untuk ‘meneutralkan’ kumpulan penjenayah selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan di studio TV dan penjahat mengancam pembunuhan secara rawak pada hari kedua keganasan di negara itu.

    Lapan orang terbunuh dan tiga cedera dalam serangan di bandar pelabuhan Guayaquil, dan dua pegawai ‘dibunuh dengan kejam oleh penjenayah bersenjata’ di bandar berhampiran Nobol, kata polis petang kelmarin.

    Sudah lama menjadi tempat yang aman di antara pengeksport kokain terkemuka Colombia dan Peru, Ecuador telah menyaksikan keganasan melonjak dalam beberapa tahun kebelakangan ini ketika kumpulan saingan yang mempunyai kaitan dengan kartel Mexico dan Colombia bersaing untuk mengawal kawasan.

    Selepas Jose Adolfo Macias, atau dikenali sebagai ‘Fito’, iaitu seorang  pemimpin geng terbesar Ecuador Los Choneros, melarikan diri, Noboa pada Isnin mengisytiharkan keadaan darurat di seluruh negara dan perintah berkurung pada waktu malam.- AFP

    Anggota keselamatan Ecuador membuat rondaan di sekitar istana presiden selepas negara itu diisytiharkan darurat susulan ‘konflik bersenjata dalaman’. Kedutaan China dan konsulatnya mengumumkan akan menggantungkan perkhidmatan awam. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda