Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedutaan Diraja Thailand anjur PMCA ke-5

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Kedutaan Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam hari ini telah menganjurkan Majlis Anugerah Puteri Maha Chakri ke-5 secara maya yang dikelolakan oleh Yayasan Anugerah Puteri Maha Chakri (PMCA) di Pusat Konvensyen Centara Grand dan Bangkok, Central WorldBangkok, Thailand.

    Pada majlis tersebut Puteri Maha Chakri Sirindhorn turut berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Forum PMCA ke-5.

    Semasa majlis pembukaan tersebut, Kedutaan Diraja Thailand di 10 buah negara Asia Tenggara juga menganjurkan majlis penyampaian anugerah maya serentak di mana para peserta mengadap Puteri Maha Chakri Sirindhorn melalui pautan VDO secara langsung.

    Penerima PMCA Brunei 2023, Awang Mohamad Amir Irwan bin Hajimoksin telah menerima PMCA pada majlis yang berlangsung di Bangkok tersebut.

    PMCA adalah anugerah antarabangsa yang ditubuhkan pada 2015 untuk memberi penghormatan kepada Puteri Maha Chakri Sirindhorn atas pencapaian cemerlang Thailand dalam pendidikan dan dalam memajukan kualiti hidup rakyat, terutamanya dalam kalangan kumpulan paling kurang bernasib baik di sub-rantau di mana anugerah berprestij dwi-tahunan itu memberi penghormatan guru yang berdedikasi tinggi di Asia Tenggara yang memberi sumbangan besar mereka kepada pendidikan dan pembangunan insan yang layak mendapat pengiktirafan antarabangsa.

    Anugerah berkenaan bertujuan untuk menyokong dan menggalakkan pembangunan profesion perguruan dan memajukan pembangunan pendidikan serta mengukuhkan hubungan antarabangsa dalam bidang pendidikan.

    Menyertai di Kedutaan Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam secara maya semasa acara tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai.

    Juga hadir ialah para pegawai dari Kementerian Pendidikan dan penerima-penerima anugerah PMCA sebelumnya.

    PYT Boosara Kanchanalai bergambar ramai bersama tetamu yang hadir di Kedutaan Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda