Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Kedutaan Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Acara Perkhidmatan Konsuler dan Sosialisasi Dasar Tenaga Kerja bagi Warganegara Indonesia di Daerah Temburong pada 28 dan 29 April ini di Hotel Stoneville, Temburong.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Republik Indonesia, hari ini, Acara Perkhidmatan Konsuler berkenaan akan diadakan dari 9 pagi hingga 5 petang pada 28 April dan 9 pagi hingga 12 tengah hari pada 29 April.
Semasa acara itu, perkhidmatan-perkhidmatan yang akan ditawarkan ialah pembaharuan pasport, pengesahan dokumen, konsultasi tenaga kerja dan lain-lain.
Sementara itu, Acara Sosialisasi Dasar Tenaga Kerja akan diadakan pada 28 April bermula pukul 7:30 malam hingga 10 malam juga di Hotel Stoneville, Temburong.
Sehubungan dengan itu, warganegara Indonesia yang menetap dan bekerja di Daerah Temburong diharap akan dapat memanfaatkan peluang itu melalui acara berkenaan.