Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Lebih 1,000 orang rakyat Indonesia yang berada di negara ini telah menghadiri majlis sembahyang sunat Aidiladha yang berlangsung di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam, hari ini.
Acara yang bermula pada jam 6:30 pagi di Kampung Kawasan Lingkungan Diplomatik, Jalan Kebangsaan itu telah dihadiri oleh Duta Besar Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko.
Sembahyang Sunat Aidilfitri dipimpin oleh Yasir bin Belli Sholeh, manakala itu Khutbah Aidiladha pula disampaikan oleh Dr Harapandi Dahri.
Majlis bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan silaturahim antara masyarakat Indonesia di negara ini, di samping menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam.
Ia merupakan kegiatan tahunan yang dianjurkan oleh Kedutaan Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam.
