Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedutaan Jepun sumbang bento

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Sebagai tanda penghargaan dan sokongan berterusan kepada petugas-petugas barisan hadapan bagi dedikasi serta kerja keras mereka menangani gelombang kedua penularan wabak COVID-19, Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam telah menyampaikan sumbangan berupa bento kepada kakitangan Pusat Pengasingan Kebangsaan dan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong, hari ini.

    Sumbangan berkenaan diserahkan oleh wakil dari Kedutaan Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Aoki kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Awang Abdul Muiz bin Haji Ibrahim.

    Pek bento berkenaan mengandungi hidangan Jepun yang disediakan khusus oleh Cef Duta Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Shimizu.

    Selain daripada kotak bento, pasukan Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam juga menyumbangkan beberapa barangan Jepun sebagai tanda penghargaan daripada pihak kedutaan.

    Aoki bergambar ramai bersama Awang Abdul Muiz dan petugas barisan hadapan. – Gambar serahan Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam
    Cef Duta Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Shimizu tekun menyediakan hidangan bento istimewa dari Kedutaan Jepun di sini untuk disumbangkan kepada kakitangan Pusat Pengasingan Kebangsaan dan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong, kelmarin. – Gambar serahan Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda