Tuesday, April 1, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedutaan sahkan warga Brunei berdaftar selamat

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Berikutan gempa bumi dan gempa susulan yang telah melanda Myanmar serta menjejaskan Thailand pada 28 Mei lalu, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri mengesahkan bahawa warga Brunei yang berdaftar dengan Kedutaan Negara Brunei Darussalam di negara-negara berkenaan semua diambil kira dan selamat.

    Menurut kenyataan kementerian berkenaan, hari ini, Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Yangon dan Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Bangkok akan terus mengekalkan hubungan dengan warga Brunei dalam negara-negara berkenaan dan memantau keadaan dengan dekat.

    Orang ramai menyaksikan para penyelamat mencari mangsa terperangkap dalam runtuhan di bangunan Kondominium Sky Villa di Mandalay pada 29 Mac. – AFP

    Warga Brunei yang melawat Bangkok juga dinasihatkan untuk mengambil perhatian nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa setempat.

    Bagi sebarang pertanyaan mengenai situasi di Myamar dan Thailand yang menjejaskan warga Brunei, boleh dibuat kepada talian hotline Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, +673 8716001 dan talian hotline Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Bangkok, +66922709382 dan e-mel Bangkok.thailand@mfa.gov.bn.

    Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri memaklumkan kepada warga dan penduduk tetap Brunei pentingnya untuk memanfaatkan e-register yang terdapat di laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, mfa.gov.bn, apabila membuat perjalanan di luar negara untuk mengesahkan keberadaan mereka dengan segera semasa keadaan kecemasan atau krisis.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda