Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedutaan Thai sumbangkan buku

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-35 Hubungan Diplomatik Negara Brunei Darussalam dan Thailand, Kedutaan Thailand di Negara Brunei Darussalam telah menyumbangkan buku kepada Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Sumbangan telah disampaikan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul kepada Naib Canselor UBD, Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz pada majlis yang diadakan di UBD.

    Puan Yang Terutama dalam ucapannya antara lain menjelaskan bahawa Kedutaan Thailand mempunyai hubungan rapat bersama UBD sejak penubuhannya pada 1985 yang mana terdapat ramai pelajar Thailand belajar di UBD sama ada bagi mengikuti kursus sepenuh masa mahu pun kursus pendek melalui biasiswa.

    Beliau berharap dengan penyerahan buku-buku berkenaan ia akan dapat memperkaya dan memperdalam pengetahuan pelajar UBD atau sesiapa yang berminat mengenai Thailand.

    Antara buku yang disumbangkan pada majlis berkenaan ialah buku yang berhubung kait mengenai dinasti diraja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, sejarah dan kesenian Thailand, masakan dan Bahasa Thailand, herba, bunga dan tumbuhan tropika yang terdapat di Thailand serta bermacam-macam lagi.

    Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina ketika menerima sumbangan buku daripada PYT Wanthanee Viputwongsakul.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja