Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedutaan Thailand anjur aktiviti amal di Maktab Duli

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Sebagai sebahagian daripada inisiatif Perbuatan Baik dari Hati (Good Deeds from the Heart), Kedutaan Besar Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam bersama-sama dengan sukarelawan warga Thailand telah mengadakan aktiviti kesukarelawan dengan menghulurkan sumbangan makanan Thai kepada pelajar-pelajar di bawah Program Ri’ayah Wa Mahabbah yang berlangsung di Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong, hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Diraja Thailand, Kittivudh Pinyowit, Pemangku Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah, Awang Ali Hamdani bin Haji Md Diah, pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Diraja Thailand dan Kementerian Pendidikan serta para pelajar program berkenaan.

    Sumbangan makanan daripada Kedutaan Besar Diraja Thailand.

    Pada majlis itu, sumbangan daripada Kedutaan Besar Diraja Thailand disampaikan oleh Kittivudh Pinyowit kepada Awang Ali Hamdani. Beliau serta para sukarelawan Thai turut menyampaikan sumbangan kepada para pelajar program berkenaan.

    Kegiatan sukarelawan itu juga diadakan Sempena ulang tahun peringatan Seratus Tahun Raja Vajiravudh (Raja Rama VI).

    Inisiatif Perbuatan Baik dari Hati, menggalakkan perpaduan dan kebahagiaan dalam kalangan rakyat serta kestabilan untuk negara secara keseluruhan.

    Gambar atas & bawah, Sukarelawan Kedutaan Thailand di Negara Brunei Darussalam dan sukarelawan menyampaikan sumbangan makanan kepada para pelajar. – GAMBAR-GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    Selain memberikan peluang kepada masyarakat Thai di luar negara untuk melakukan perbuatan baik kepada masyarakat dan meluahkan rasa terima kasih mereka kepada negara tempat mereka tinggal.

    Kedutaan Besar Diraja Thailand terus mengadakan aktiviti kesukarelawanan di Negara Brunei Darussalam dalam pelbagai format sejak 2019 termasuk sumbangan makanan, menderma darah, sumbangan buku, menanam pokok dan kelas memasak bersempena dengan pelbagai majlis kebesaran diraja atau ulang tahun peringatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda