Wednesday, October 23, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kedutaan Thailand anjur kempen derma darah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Kedutaan Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam hari ini menganjurkan kempen derma darah dengan kerjasama komuniti Thailand di Brunei Darussalam dan Friends of Thailand sempena Hari Memperingati Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober.

    Kempen derma darah yang berlangsung di Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) merupa salah satu inisiatif kedutaan berkenaan yang bertujuan untuk menyokong bekalan darah yang boleh dipercayai bagi situasi kecemasan di negara ini.

    Kempen derma darah di Pusat Derma Darah, JPMC bermula pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan disambung semula pukul 1 petang hingga 3 petang.

    Hadir bagi sama-sama menyokong kempen berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai.

    Kempen anjuran kedutaan berkenaan merupakan kali ke-11 dianjurkan dan yang kedua dengan kerjasama JPMC.

    PYT Boosara Kanchanalai bergambar ramai semasa kempen derma darah tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda