Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keenakan sajian masakan Melayu Brunei

    Oleh Norizan Murshid

     

    SEKIRANYA anda sudah lama tidak memakan masakan ala kampung atau lebih tepat disebut sebagai masakan air tangan ibu, usah khuatir kerana anda berpeluang untuk menikmatinya di TsaraBox yang terletak di Kompleks Warisan, Gadong. Kerinduan anda terhadap masakan ibu mungkin akan sedikit sebanyak terubat setelah menikmati masakan yang laris di kedai ini iaitu ikan singgang masak asam.

    Selain itu, nasi katok ikan tahai menjadi pilihan yang enak buat penulis kerana ayamnya yang berukuran besar serta sambal tahainya yang sangat sedap dan juga enak. Kari ayam dan kari daging juga boleh didapati di TsaraBox dan kedai ini beroperasi dari jam 8:00 pagi hingga jam 9:00 malam.

    Menurut pemilik yang juga pengurus TsaraBox, Dayang Fauziah binti Haji Ahad, kedai ini mula di buka pada bulan April 2017. Ini adalah kedai beliau yang pertama dan beliau masih baru dalam dunia perniagaan kedai makan. Pada sebelah malam, Tsara ada menjual burger dan dalam perancangan untuk menjual satay.

    Di tanya tidakkah beliau merasa sukar bersaing dengan beberapa restoran dan kopitiam yang telah lama beroperasi berdekatan kedainya, Dayang Fauziah berkata beliau percaya kepada pilihan pelanggan yang inginkan kualiti rasa masakan yang sedap pada harga yang berpatutan. Itu yang beliau tawarkan kepada pelanggan.

    Kedai ini menyediakan pelbagai hidangan enak masakan Melayu Brunei.
    Kedai ini menyediakan pelbagai hidangan enak masakan Melayu Brunei.

    Antara masakan yang disediakan untuk cita rasa pelanggan.
    Antara masakan yang disediakan untuk cita rasa pelanggan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda