Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keenakan selera kampung sentiasa memukau

    Oleh Nurdiyanah R.

    Apabila menyentuh mengenai menu masakan ala kampung sudah pasti anda akan berasa terliur. Bukan sahaja akan teringat kampung halaman malah masakan air tangan ibu juga menjadi igauan.

    Oleh itu, bagi mereka yang merindui masakan kampung, apa kata boleh mencubanya sendiri di Rizqun Coffee House, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong yang mana menawarkan Promosi Bufet Makan Malam ‘Selera Kampung’ yang telah bermula awal bulan Disember baru-baru ini hingga penghujung bulan ini.

    Dengan adanya promosi ini, ia dihasratkan dapat memartabatkan masakan kampung atau tradisional Melayu Brunei kepada masyarakat di negara ini dan sekali gus memperkenalkan keunikannya di mata para pelancong yang berkunjung ke negara ini.

    Keenakan masakan rebusan

    Cita rasa seseorang pastinya akan tertawan apabila hidangan yang disajikan panas-panas bagaikan ‘from kitchen to table’. Dengan menyediakan hidangan salai dan rebusan, orang ramai boleh menikmati hidangan masakan air rebusan sama ada merah atau kuning dengan adunan rempah tradisional yang begitu unik dan menyelerakan.

    Antaranya ialah masakan salai atau rebusan berasaskan makanan laut se-perti udang, kerang, lukan, ikan tenggiri, ikan putih dan kupang serta begitu juga terdiri dari daging kambing, sosej, isi ayam dan daging.

    Antara pengunjung restoran yang menerokai hidangan Bufet Makan Malam ‘Selera Kampung’ baru-baru ini.
    Salah satu hidangan berkonsepkan ala kampung yang diketengahkan ialah masakan rebusan makanan laut istimewa.
    Bagi mereka yang merindui masakan kampung, apa kata boleh mencubanya sendiri di Rizqun Coffee House, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong yang mana menawarkan Promosi Bufet Makan Malam ‘Selera Kampung’ yang telah bermula awal bulan Disember baru-baru ini hingga penghujung bulan ini.
    Menariknya, pelbagai aneka sambal dan cacah ala kampung seperti Sambal lada rindu, sambal terung, sambal tahai, sambal pusu, sambal kicap manis, sambal belacan dan juga sambal limau kasturi turut diketengahkan untuk dinikmati bersama masakan salai dan rebusan.
    Selain itu, hidangan pencuci mulut yang berupa kuih-muih tradisional Brunei antaranya bingka keladi, bingka susu dan kuih talam ubi juga ditampilkan dalam promosi bufet.

    Pelbagai aneka sambal dan cacah kampung

    Menariknya, pelbagai aneka sambal dan cacah ala kampung turut diketengahkan untuk dinikmati bersama masakan salai dan rebusan. Sambal lada rindu, sambal terung, sambal tahai, sambal pusu, sambal kicap manis, sambal belacan dan juga sambal limau kasturi, itulah antara keistimewaan sambal dan cacah yang pastinya mampu menaikkan selera para penikmatnya.

    Selain itu, hidangan pencuci mulut yang berupa kuih-muih tradisional Brunei antaranya bingka keladi, bingka susu dan kuih talam ubi juga ditampilkan dalam promosi bufet. Hal ini sememangnya mampu menjadikannya lebih istimewa di mata para pelanggan yang menikmatinya, lebih-lebih lagi dengan tekstur kuih-muih yang begitu lembut dan memiliki rasa yang begitu menyelerakan, lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama minuman panas.

    Jatuh cinta masakan Brunei

    Semasa ditemui, salah seorang pelancong dari negara India, Deva menjelaskan bahawa berbicara mengenai hidangan Brunei, sememangnya ia memiliki keunikan yang tersendiri. Pastinya dengan merasai setiap hidangan yang diketengahkan ini terutamanya masakan citarasa tradisional ini sememangnya membuatkan hati saya jatuh cinta dengan Brunei.

    “Enak! itulah yang mampu saya ungkapkan. Penerokaan hidangan di negara ini pastinya telah melakar kenangan yang terlalu indah untuk disemat di dalam minda dan jiwa apabila pulang ke tanah air nanti,” ucap beliau yang berkunjung ke negara ini bersama ahli keluarganya dengan senyuman manis semasa ditemui penulis baru-baru ini.

    Menampilkan hidangan Poolside Promotion

    Sehubungan dengan itu, lebih menarik lagi, Rizqun Coffee House juga menawarkan promosi pelbagai hidangan petang istimewa bagi mana-mana pelanggan yang menggunakan perkhidmatan poolside di hotel berkenaan dengan anggaran harga yang berpatutan.

    Promosi yang dibukakan bermula dari hari Isnin hingga hari Jumaat itu telah menyediakan tiga jenis menu pilihan iaitu Beef Fajitas with Tortila Skin; Rizqun Fried Noodles; dan Stuffed Chicken Wing with Cocktail Sauce. Di samping itu, pilihan minuman berkarbonat (Carbonated Drinks) dan aiskrim juga termasuk dalam ketiga-tiga pilihan menu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda