Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keganasan: Modi, Johnson kongsi perspektif

    NEW DELHI, 12 OKT – Perdana Menteri India dan UK, Narendra Modi dan Boris Johnson membincangkan keadaan di Afghanistan dan bersetuju perlunya perspektif bersama mengenai keganasan, kata Kementerian Luar India (MEA) dalam satu kenyataan.

    “Kedua-dua pemimpin juga berkongsi pandangan mengenai pembangunan wilayah, khususnya situasi di Afghanistan.

    Dalam konteks ini, mereka sepakat perlunya mengembangkan perspektif antarabangsa yang sama berhubung isu-isu berkaitan ekstremisme dan terorisme, serta Hak Asasi Manusia dan hak wanita serta golongan minoriti,” katanya, lapor Sputnik. “Kedua-dua pemimpin meneliti kemajuan dalam hubungan dua hala sejak sidang kemuncak maya mereka awal tahun ini, dan menyatakan kepuasan terhadap langkah-langkah yang telah dimulakan di bawah Pelan Rancangan 2030 yang diterima semasa sidang kemuncak maya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda