Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keganasan rumah tangga turun kepada 576 kes di Malaysia

    KOTA KINABALU, 5 JUN – Bilangan kes keganasan rumah tangga di seluruh negara turun kepada 576 kes bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding 627 kes dalam tempoh sama tahun lepas, kata Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

    Bagaimanapun, beliau berkata dalam tempoh sama juga kes keganasan rumah tangga di Sabah menunjukkan peningkatan kepada 145 kes tahun ini berbanding 126 kes tahun lepas.

    Katanya walaupun statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan di Sabah, beliau yakin kerjasama padu semua pihak dapat menangani kes tersebut selain pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh kementerian seperti Skuad Wanita Anti Jenayah (Skuad Waja). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda