Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keganasan terhadap kanak-kanak dalam konflik bersenjata meningkat

    NEW YORK, 20 JUN – Keganasan terhadap kanak-kanak dalam konflik bersenjata meningkat sebanyak 25 peratus pada tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan kelmarin.

    “Pada 2024, keganasan terhadap kanak-kanak dalam konflik bersenjata mencapai tahap yang belum pernah berlaku, dengan lonjakan 25 peratus dalam jumlah pelanggaran serius berbanding 2023,” kata Setiausaha Agung PBB dalam laporan bertajuk Children and Armed Conflict.

    PBB mengesahkan sebanyak 36,221 pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan berlaku pada 2024, selain 5,149 lagi pelanggaran yang berlaku lebih awal tetapi hanya disahkan pada 2024, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Secara keseluruhan, pelanggaran itu memberi kesan kepada 22,495 kanak-kanak sepanjang 2024. – Bernama

    Beberapa kanak-kanak lelaki meratapi jenazah seorang lelaki Palestin yang terbunuh sehari sebelumnya akibat tembakan tentera Israel ketika beliau sedang mencari bantuan makanan, semasa pengebumiannya di Hospital Al-Shifa, Bandar Gaza, pada 18 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda