Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keganasan terus meletus di Myanmar

    SUNGAI MAY YU, Myanmar, 30 Ogos – Asap berkepul-kepul naik daripada sekurang-kurangnya tiga kampung terbakar di kawasan terpencil negeri Rakhine di mana tentera Myanmar sedang melancarkan kempen untuk menghapuskan pemberontak, menurut wartawan AFP hari ini.

    Keganasan, yang meletus enam hari lalu selepas pemberontak Rohingya melancarkan serbuan mengejutkan ke atas pos polis, tidak menunjukkan tanda-tanda reda, mengakibatkan sekurang-kurangnya 110 terkorban dan beribu-ribu orang melarikan diri.

    Mereka yang kehilangan tempat tinggal termasuk penduduk beragama Buddha di Rakhine dan penduduk etnik minoriti Rohingya Islam, beribu-ribu di antara mereka telah berkumpul di sempadan ‘garisan sifar’ dengan Bangladesh yang mana mereka dilarang untuk menyeberanginya.

    Asap kelihatan naik daripada sebuah kawasan yang dipercayai merupakan sebuah kampung yang terbakar di kawasan berhampiran Maungdaw di negeri Rakhine Myanmar pada 30 Ogos 2017. – AFP

    Mayat dua wanita Rohingya dan dua kanak-kanak terdampar di Bangladesh hari ini, beritahu pegawai di sana kepada AFP, tatkala penduduk kampung menggunakan bot usang atau cuba berenang menyeberangi sungai di sempadan.

    Hari ini penduduk kampung di Rakhine terus melarikan diri dari rumah mereka.

    Seorang penduduk kampung Rohingya berhampiran bandar Maungdaw, bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, berkata penduduk melarikan diri dari perkampungan desanya ketika anggota keselamatan datang dan membakar rumah mereka. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda