Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    ‘Keghairahan lumba MotoGP atasi cedera’ – Marquez

    AUSTIN, 8 APRIL – Juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez berkata kelmarin bahawa minatnya terhadap perlumbaan adalah lebih kuat daripada kecederaan, iaitu ketika dia berusaha untuk memenangi Grand Prix Amerika buat kali kelapan dalam sembilan lawatan perlumbaan.

    Pelumba berusia 29 tahun itu terlepas perlumbaan hujung minggu lalu di Argentina berikutan kemalangan ngeri di Indonesia pada Mac lalu.

    “Ia adalah minggu yang sangat sukar selepas kejadian yang berlaku di Indonesia tetapi bernasib baik kerana kecederaan penglihatan tidak teruk berbanding insiden kali terakhir pada 2021,” kata bintang Honda itu kepada pemberita kelmarin.

    “Saya hampir berlumba di Argentina tetapi tidak berasa bermotivasi untuk mengambil risiko tersebut.”

    Marquez mengakui beberapa kali dia terjatuh di Indonesia yang menyebabkan dia mengalami kecederaan yang teruk.

    Walau bagaimanapun, dia gembira mengambil risiko besar dalam sukan tersebut.

    “Saya tahu ada risikonya, tetapi ia adalah keghairahan saya, saya di sini untuk berlumba dan bukan untuk memikirkan tentang kecederaan. Keghairahan dalam sukan itu adalah lebih kuat daripada kecederaan saya.

    “Selepas kecederaan berkenaan, minggu pertama awda berkata kepada diri sendiri, ‘Saya tidak mahu mengambil risiko MotoGP ini dan cedera lagi’, tetapi seminggu selepas itu, keterujaan tersebut, adrenalin ini yang mengambil alih,” tambahnya. – AFP

    Aksi para pelumba bersaing semasa permulaan perlumbaan MotoGP Grand Prix Argentina di litar Termas de Rio Hondo, di Argentina. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...