Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kegiatan kumpulan samun berjaya ditumpas

    MIRI, 12 Jun – Polis menumpaskan kegiatan satu kumpulan samun bersenjata yang merompak sebuah kedai serbaneka di Bintulu pada awal bulan ini dengan tertangkap empat suspek pada tengah malam tadi.

    Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit berkata, keempat-empat suspek ialah lelaki warga tempatan berusia 16 hingga 32 tahun ditangkap pukul 12.30 tengah malam tadi dan mereka mengaku melakukan samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka pada 7 Jun di Tanjung Kidurong di Bintulu.

    “Salah seorang suspek yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Chevrolet Colorado telah ditahan kerana dalam keadaan mencurigakan tengah malam tadi dan hasil soal siasat suspek mengaku melakukan kegiatan samun itu,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Katanya, suspek tersebut turut mendedahkan identiti tiga rakan sejenayahnya dan tangkapan dilakukan di tiga lokasi berbeza untuk menangkap ketiga-tiga suspek itu.

    “Antara barang dirampas semasa serbuan dilakukan ialah kenderaan pacuan empat roda,sembilan kotak rokok jenama Pall Mall Merah dan seunit telefon bimbit pintar,”katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda