Wednesday, December 25, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kehadiran asid merumitkan pencarian mangsa jambatan runtuh

    SAO PAULO, 24 DIS – Operasi mencari 16 orang yang hilang dalam kejadian jambatan runtuh di Brazil menjadi semakin rumit dengan kemungkinan kehadiran asid dalam air, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Setakat ini, seorang disahkan maut akibat runtuhan itu, yang berlaku kelmarin di jambatan Juscelino Kubitschek de Oliveira, menghubungkan negeri Maranhao dan Tocantins.

    Kejadian itu telah melibatkan dua buah kereta, dua motosikal dan empat trak – dua daripadanya membawa asid sulfurik, kata seorang jurucakap polis kepada AFP.

    Bahan berbahaya yang dibawa oleh trak itu telah mendorong pegawai menghentikan operasi mencari, kelmarin.

    Bekalan air kepada masyarakat di rantau itu juga digantung kerana kemungkinan pencemaran asid ‘toksik,’ kata jurucakap itu.

    Pegawai penyelamat sedang membuat ‘hipotesis’ bahawa 16 orang hilang akibat runtuhan itu, kata polis.

    Angka korban sebelum ini menyatakan dua maut dan 12 hilang tetapi sejak itu pihak berkuasa berkata seorang lelaki berusia 36 tahun telah diselamatkan. – AFP

    Gambar menunjukkan anggota bomba semasa operasi menyelamat pada 22 Disember di sungai Tocantins di bandar Aguiarnopolis, negeri Tocantins, Brazil. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda