ISTERI kepada pelakon Daniel Craig, Rachel Weisz selamat melahirkan anak perempuan pada Rabu lalu.
Menurut laporan E! News, pasangan itu meluahkan rasa teruja kerana dapat menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Anak itu merupakan anak kedua buat Rachel yang sudah mempunyai seorang anak lelaki, Harry, 11 hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Manakala Daniel mempunyai dua cahaya mata Ella Craig dan Fiona Loudon. Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu dan berkahwin pada 2011. – Agensi
