Sunday, May 11, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kehadiran gajah rosakkan tanaman, harta benda

    SANDAKAN, 2 Mac – Kehadiran semula beberapa ekor gajah di kawasan Telupid sejak 18 Dis lepas, merosakkan tanaman dan harta benda termasuk kereta penduduk kampung di kawasan berkenaan.

    Justeru, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata kakitangan jabatan itu sudah dihantar bagi menangani situasi tersebut yang turut berlaku di beberapa kawasan lain di daerah timur negeri ini.

    Beliau berkata pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada belia beberapa kampung dan pertubuhan bukan kerajaan serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menangani situasi itu di Telupid.

    Sehingga kini, usaha menghalau gajah berkenaan ke hutan belum berjaya malah kumpulan haiwan itu menyebabkan kerosakan harta benda di Balai Polis Telupid dan Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid, katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Beliau berkata masalah kehadiran sekumpulan 20 ekor gajah di Telupid berlaku pada tahun lepas dan pihaknya menangkap kesemua haiwan itu dan memindahkan ke Hutan Simpan Deramakot.

    Bagaimanapun, katanya, dalam tempoh sebulan, kumpulan gajah itu balik semula ke Telupid dan staf Jabatan Hidupan Liar dapat menghalau gajah itu ke Hutan Simpan Tawai. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda