Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kehangatan sup ayam terasa nikmat

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Apabila berbicara tentang sup ayam, ia suatu hidangan yang sering dicari atau dimasak semasa musim sejuk atau ketika kita kurang sihat.

    Resipinya yang ringkas dan mudah disediakan itu menjadi pilihan dalam kalangan suri rumah yang buntu memikirkan menu pada hari tersebut atau mereka yang mengejar masa mahukan sajian sederhana.

    Bahannya yang utama terdiri daripada potongan ayam yang direbus bersama bahan-bahan seperti bawang, bawang putih, halia, dan rempah-rempah seperti kayu manis dan bunga lawang.

    Jika mahu lebih variasi awda boleh tambah sayur-sayuran seperti lobak merah dan kentang untuk menambah rasa dan khasiat.

    Tekstur dan kuah sup ayam yang beraroma, menjadikannya sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Selain sebagai hidangan utama, ia juga kerap dianggap sebagai makanan pemulihan kerana kandungan proteinnya yang tinggi.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sup ayam adalah seperti, bawang merah kecil, bawang putih, halia, minyak masak, sup bunjut, ½ ekor ayam, serbuk lada sulah atau lada hitam, air secukupnya, lobak merah, dua biji kentang, daun sup, ½ kiub pati ayam dan garam secukup rasa.

    CARA PENYEDIAAN

    Cara untuk menyediakan sup ayam pula, mula-mula potong kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Kemudian tumbuk halus. Selepas itu potong lobak merah dan kentang kemudian rendam dalam air. Setelah itu potong daun sup dan asingkan batang dan daun.

    Kemudian panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk halus sampai naik bau.

    Setelah itu masukkan sup bunjut dan ayam. Tutup kuali dan masak ayam kecut dan sedikit perang. Selepas itu masukkan batang daun sup, serbuk lada sulah ataupun lada hitam. Kacau hingga sebati.

    Masukkan air (agak-agak tenggelam ayam atau lebihkan jika mahu lebih kuahnya). Selepas itu boleh masukkan kentang dan lobak merah. Kemudian masak hingga ayam dan kentang masak. Selepas itu masukkan kiub pati ayam, garam, tabur hirisan daun sup dan bawang goreng.

    Sebagai tip tambahan, potongan lobak merah dan kentang hendaklah dipotong sama besar, apabila masak nanti semuanya akan masak sekata.

    Selepas potong, rendam kedua-duanya untuk mengelak ia menjadi perang serta segar dan semasa momotongnya hendaklah menggunakan pisau yang tajam.

    Bahan-bahan:

    o 3 biji bawang merah kecil
    o 3 ulas bawang putih
    o 1 inci halia
    o 3 sb minyak masak
    o Sup bunjut
    o 1/2 ekor ayam
    o 1/2 sb serbuk lada sulah atau lada hitam
    o Air secukupnya
    o 1/2-1 batang lobak merah
    o 2 biji kentang
    o Daun sup
    o 1/2 kiub pati ayam
    o Garam secukup rasa

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda