LOS ANGELES, 30 April – LeBron James menjaringkan 45 mata dalam satu lagi permainan menarik bagi perlawanan ketujuh semalam, menerajui kemenangan Cleveland Cavaliers 105-101 ke atas Indiana Pacers dan mara ke pusingan kedua playoff NBA.
Menghadapi penyingkiran pada pusingan pertama buat kali pertama, James menolak untuk mengalami keadaan tersebut.
Bintang berusia 33 tahun itu, yang sekarang mara ke pusingan kedua dalam 13 kemunculannya dalam persaingan playoff, menghasilkan 40 mata untuk kali ketiga dalam siri persaingan itu, menambah sembilan ‘rebound’, tujuh asis dan empat ‘steal’ ketika Cleveland menempah tempat ke persaingan pusingan kedua menentang pasukan teratas Eastern Conference, Toronto bermula esok.
“Saya hanya cuba melakukan apa sahaja untuk membantu kami memenangi perlawanan. Saya merasakan saya mahu melakukannya sekali lagi dalam siri ini,” kata James, yang sekarang mencatatkan 5-2 dalam perlawanan ketujuh bagi persaingan playoff.

Dengan musim mereka dipertaruhkan selepas kehilangan 34 mata pada perlawanan keenam, Cavaliers menguasai permainan.
James menghasilkan tujuh lontaran pertamanya dan menamatkan suku pertama dengan 26 mata, lima asis dan empat ‘rebound’.
Cavs menghasilkan 11 ‘rebound’ pada suku pertama dan mendahului sekitar 14 mata pada suku kedua ketika jurulatih pasukan, Tyronn Lue menukar barisan utamanya yang melibatkan keempat-empat pemain dari tiga persaingan NBA Finals lalu: James, Thompson, Kevin Love dan JR Smith.
James mendahului senarai dalam persaingan playoff bagi mencatatkan ‘steal’ terbanyak apabila mendapatkan hantaran pada suku kedua, setelah memasuki persaingan itu terikat dengan bekas pemain terhebat Chicago Bulls, Scottie Pippen (395) dalam senarai sepanjang masa. – AFP