Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kehidupan kanak-kanak Gaza dipenuhi kematian, kemusnahan

    NEW YORK, 9 JULAI – Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menyatakan bahawa kanak-kanak di Semenanjung Gaza yang mewakili kira-kira separuh daripada jumlah penduduk di wilayah itu, menjalani kehidupan yang dipenuhi dengan ‘perang dan kemusnahan’, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

    Dalam satu hantaran di X, UNRWA menjelaskan bahawa kanak-kanak di Gaza menghabiskan masa mereka di luar bilik darjah, terpaksa berulang kali melarikan diri dari rumah mereka dan hampir tidak mempunyai makanan untuk dimakan.

    UNRWA turut memaklumkan bahawa terdapat sejuta kanak-kanak di Gaza.

    Agensi itu menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata di Gaza, sambil menegaskan bahawa keamanan adalah penting bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga demi masa depan yang lebih baik untuk seluruh rantau itu.

    Menurut laporan hak asasi manusia, kanak-kanak dan wanita merupakan golongan paling terkesan akibat genosid berterusan yang telah memusnahkan sebahagian besar infrastruktur dan kehidupan harian di Gaza.

    Untuk tahun kedua berturut-turut, kanak-kanak dinafikan peluang untuk bersekolah apabila tentera Israel memusnahkan kebanyakan institusi pendidikan manakala yang masih tinggal dijadikan tempat perlindungan untuk keluarga yang kehilangan tempat tinggal. – Bernama/Wafa

    Sekumpulan kanak-kanak bermain di sebelah khemah di kem kem Al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza pada 7 Julai. – AFP

    Sekumpulan kanak-kanak bermain di sebelah khemah di kem kem Al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza pada 7 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda