GAZA – Hamza Ferwana, 12, dari Tebing Gaza Palestin, menghabiskan berjam-jam setiap hari melalui timbunan kotoran di kawasan pembuangan sampah untuk mencari nafkah dari barang-barang yang ditemui dan boleh dijualnya.
“Saya menggali sampah untuk mencari makanan atau barangan yang boleh dijual seperti besi, aluminium, atau plastik,” kata budak lelaki itu kepada media sambil bekerja di tapak pelupusan di bandar selatan Gaza, Khan Younis.
Ferwana tinggal di kawasan kejiranan Nahr al-Bared di bandar Younis, salah sebuah kawasan termiskin dan terpinggir di wilayah pantai Israel yang terkawal.
Kawasan kejiranan ini bersempadan dengan tapak pelupusan yang besar di selatan, dan tanah perkuburan di timur, ia merupakan kawasan perumahan setinggan kepada lebih daripada 100 keluarga yang tinggal di rumah-rumah diperbuat daripada kepingan timah.
“Kami menunggu trak sampah supaya kami dapat mencari makanan antara buangan itu, atau kami akan mengumpul alat logam untuk dijual dan hasilnya digunakan membeli makanan untuk keluarga saya,” kata Ferwana sambil memegang plastik kosong bekas tepung.
Remaja itu tinggal bersama dengan 10 orang ahli keluarganya, di dalam sebuah rumah yang hanya memiliki sebuah bilik selama 10 tahun selepas mereka dihalau keluar dari rumah mereka kerana tidak dapat membayar sewa bulanan.
Harapan Ferwana adalah untuk dapat kembali ke sekolah untuk meneruskan pendidikannya.
Tidak jauh dari rumah Ferwana, Lina al-Barqoun, 22, sibuk memasak makanan untuk dua orang anaknya di atas tambak kayu api.
Lina, yang hamil lapan bulan, menyifatkan keadaan hidup mereka sebagai ‘tragis dan tidak berperikemanusiaan’, beliau mengatakan bahawa salah seorang daripada anaknya menderita penyakit asma yang kronik, sementara anak yang lain mengalami kerosakan saraf otot kaki kerana sengatan kala jengking.
“Suami saya, anak-anak saya dan saya tinggal di kawasan yang terdedah dengan serangga berbahaya seperti kala jengking, ular dan tikus ketika musim panas,” kata beliau lagi. “Kami sangat miskin, kadang-kadang kita tidak boleh membeli ubat-ubatan dan makanan untuk anak-anak saya.”
Dia melahirkan harapan untuk dapat berpindah bersama keluarganya ke rumah yang lebih baik dan mendesak agar organisasi bantuan dapat membantu mereka memperbaiki kehidupan ‘yang memalukan’ ini.
Di luar sebuah rumah timah usang lain, Mohammed Abu Nimer, 34, bapa kepada lima orang anak, menyalakan kayu api untuk isterinya memasak buat anak-anaknya.
“Kami tidak mahu hidup di sini, dan kami tidak sabar untuk berpindah ke tempat yang lebih baik dan mempunyai kehidupan yang lebih baik,” kata lelaki pertengahan umur itu. “Saya mahu anak-anak saya mempunyai kehidupan yang normal, mencari makanan dengan mudah apabila mereka merasa lapar.”
Beliau merayu kepada semua institusi kerajaan dan bukan kerajaan untuk berusaha menamatkan penderitaan mereka dan mencari penyelesaian kepada masalah penduduk kejiranan tersebut.
Gaza telah diletakkan di bawah sekatan Israel yang ketat sejak pergerakan Islam Hamas merampas wilayah itu dengan kekerasan selepas menewaskan pasukan yang setia kepada Presiden Mahmoud Abbas pada tahun 2007.
Menurut Biro Perangkaan Pusat Palestin, kadar pengangguran di Semenanjung Gaza mencapai 52 peratus pada tahun 2018, yang menunjukkan peningkatan daripada 44 peratus pada tahun 2017.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah berulang kali memberi amaran tentang kemerosotan tahap kemanusiaan di Gaza.
Pada tahun 2019, ia mengeluarkan amaran laporan bahawa Tebing Gaza tidak sesuai untuk didiami jika Israel terus mengenakan sekatan di wilayah itu. – Xinhua