Pelakon berusia 54 tahun, Sridevi mempamerkan banyak persembahan yang sangat mengesankan sepanjang kerjayanya sejak beberapa dekad, dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung pada Sabtu malam.
Dunia Bollywood nyata terkejut dan bersedih dengan berita kematian aktres legenda itu.
“Saya tidak mampu berkata-kata. Takziah kepada semua yang menyayangi Sridevi,” kata bintang filem Priyanka Chopra.
“Beliau adalah seorang ikon. Terlalu awal Sridevi. Terlalu awal…” menurut catatan pada laman twitter pelakon Jacqueline Fernandez.

Mendirikan rumahtangga dengan penerbit filem Boney Kaapor, Sridevi telah ke Dubai bersama anggota keluarganya bagi menghadiri jemputan perkahwinan saudara mereka.
Antara filem hitnya ialah ‘Mr India’ pada 1987, ‘Chandni’ pada 1989 dan terbaru ‘English Vinglish’, yang membawa kemunculan semula aktres tersebut setelah 15 tahun berehat selepas perkahwinannya.
Sebelum menyertai dunia perfileman Hindi, mendiang merupakan seorang bintang di selatan India dan membuat kemunculan pertamanya sebagai pelakon kanak-kanak dalam sebuah filem Tamil pada 1969. – Bernama