Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Keindahan China di mata kanak-kanak

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Orang ramai boleh menyaksikan keindahan China menerusi mata seorang kanak-kanak melalui lukisan keindahan suasana, budaya dan cerita China yang dihasilkan oleh mereka dalam Pertandingan Lukisan Beauty of China yang dipamerkan dalam Pameran Pertandingan Lukisan Beauty of China.

Keindahan China yang dipamerkan oleh pelukis-pelukis muda berkenaan merupakan satu lagi manifestasi hubungan persahabatan erat serta pertukaran bermakna antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China yang terjalin sekian lamanya.

Hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara berkenaan terus dipertingkatkan menerusi pertukaran lawatan pemimpin kedua-dua buah negara, jelas Duta Republik Rakyat China, Puan Yang Terutama Yu Hong pada Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Pameran Pertandingan Lukisan Beauty of China yang berlangsung di Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh bersama PYT Yu Hong.

Pertandingan yang dianjurkan bersama oleh Kedutaan Republik Rakyat China di
Brunei Darussalam dan Kementerian Pendidikan itu menerima lebih 400 penyertaan dari 19 buah sekolah rendah seluruh negara dengan 70 buah lukisan telah dipilih untuk menerima hadiah. Daripada jumlah itu, dua lukisan dipilih untuk menerima hadiah utama iaitu lukisan Isaac Tiong Ing Hoe dari Sekolah Seri Mulia Sarjana dan Chiew Yu dari Sekolah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan, tiga menerima hadiah pertama iaitu lukisan Dayang Najwa Kamilia binti Zulfikar Ali dari Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49, Ang Chin Gui dari Sekolah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan dan Dayang Syarifah Arianatul Zahran dari Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait.

Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah dan PYT Yu Hong menyampaikan hadiah utama pertandingan kepada Chiew Yu.
Pemenang hadiah utama, tempat pertama dan kedua bergambar ramai di hadapan lukisan masing-masing.

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda