Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keindahan Korea Selatan tarik ramai pengunjung

    KOREA Selatan sangat terkenal dengan keindahan budaya dan tempat-tempat pelancongannya. Anda merancang untuk melancong ke negara Kpop ini? Adakah anda sudah tahu tempat menarik di Korea Selatan yang boleh anda kunjungi? Bagaimana dengan lokasi-lokasi menarik seperti dalam drama Korea yang selalu menjadi tatapan anda di kaca televisyen?

    Pasti anda teruja untuk melancong ke Korea dan menikmati keindahan seperti yang anda bayangkan bukan? Menerusi laman melancong.com.my, dikongsikan 10 tempat menarik di Korea yang popular dengan kunjungan pelancong paling tinggi.

    Istana Gyeongbokgung

    Bangunan ini telah dibina pada tahun 1934 di bawah pemerintahan Raja Taejo iaitu raja pertama dan pengasas Dinasti Joseon. Istana Gyeongbokgung ini menempatkan Muzium Rakyat Kebangsaan dan juga Muzium Istana Kebangsaan negara Korea.

    Istana ini terdiri daripada beberapa buah bangunan termasuklah Gangnyeongjeon (Dewan Gangnyeongjeon), yang digunakan sebagai ruang beradu utama dan ruang tamu utama raja.

    Istana Gyeongbokgung menempatkan Muzium Rakyat Kebangsaan dan juga Muzium Istana Kebangsaan negara Korea.

    Boleh dikatakan bahawa ia merupakan istana yang paling indah berbanding empat kembar istananya yang lain, yang mana berada di Seoul. Istana Gyeongbokgung ini pada asalnya adalah sebuah kompleks besar-besaran yang menempatkan 330 buah bangunan dan 5,792 buah bilik.

    Namun begitu, kebanyakan bangunan ini telah musnah semasa penjajahan Jepun di Korea (1910-1945). Sejak tahun 1989, kerajaan Korea telah melaksanakan proses pembinaan semula struktur-struktur yang telah musnah itu. Ini adalah tempat menarik di Korea yang wajib anda kunjungi.

    Korean Folk Village

    Tempat menarik di Korea ini adalah contoh yang dekat tentang masyarakat Korea. Korean Folk Village merupakan muzium yang hidup dan ianya menduduki kawasan seluas kira-kira 243 ekar dalam persekitaran semula jadi yang terletak di Yongin-si, Wilayah Gyeonggi.

    Terdapat lebih daripada 260 buah rumah tradisional Korea dibina semula di sini dari zaman Dinasti Joseon. Pelbagaai jenis bangunan dibina di sini, yang mewakili semua kelas sosial dan juga kawasan-kawasan yang berlainan di Korea Selatan.

    Korean Folk Village juga merangkumi Muzium Rakyat yang mana merupakan sebuah muzium seni, mempersembahkan tarian-tarian tradisional, juga taman hiburan yang dilengkapi dengan kenderaan bermain, permainan-permainan dan aktiviti-aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga.

    Di dalam kampung pula terdapat restoran tradisional dan pelbagai bengkel yang mempamerkan barangan kraftangan tradisional Korea, termasuklah logam, kerja kayu, kipas, alat muzik dan banyak lagi.

    Korean Folk Village juga merangkumi Muzium Rakyat yang mana merupakan sebuah Muzium Seni, mempersembahkan tarian-tarian tradisional, juga taman hiburan yang dilengkapi dengan kenderaan bermain, permainan-permainan dan aktiviti-aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga.

    Kuil Gyeongju Bulguksa

    Kuil Bulguksa ini terletak di Gunung Tohamsan di Taman Negara Gyeongju, Gyeongju. Semasa pemerintahan Raja Gyeongdeok Silla (751), Kim Daeseong, perdana menteri pada masa itu mulai membina kuil ini. Ianya telah disiapkan ketika pemerintahan Raja Hyegong (774).

    Walau bagaimanapun, sebahagian besar bangunan ini telah dibakar apabila Jepun menceroboh masuk ke Korea pada tahun 1593, semasa pemerintahan Raja Seorijo pada Zaman Joseon.

    Hanya sebilangan bangunan sahaja terselamat daripada pencerobohon itu iaitu Dewan Geungnakjeon, Jahamun Gate dan Beomyeongru Pavilion. Walau bagaimanapun, penggalian tapak dari tahun 1969 ke 1973 telah mendedahkan maklumat secukupnya untuk memulihkan tapak ini kepada keadaannya yang sekarang.

    Kuil Bulguksa terletak di Gunung Tohamsan di Taman Negara Gyeongju, Gyeongju. Semasa pemerintahan Raja Gyeongdeok Silla (751), perdana menteri pada masa itu mulai membina kuil ini dan berjaya disiapkan ketika pemerintahan Raja Hyegong (774).
    Tidak diragui lagi bahawa Zon Penampan Tentera (DMZ) merupakan salah satu pengalaman yang amat penting dalam mana-mana lawatan ke Korea.

    Zon Ketenteraan DMZ

    Ini adalah tempat menarik di Korea yang paling menggerunkan. Tidak ada keraguan lagi bahawa Zon Penampan Tentera (DMZ) merupakan salah satu pengalaman yang amat penting dalam mana-mana lawatan ke Korea dan wawasan yang menusuk ke dalam etos dan emosi memainkan peranan penting dalam satu budaya yang mana dianggap sebagai perpecahan antara kerohanian dan juga politik.

    Ianya adalah gambaran terdekat yang anda boleh dapatkan bagi Korea Utara, melainkan ada perubahan kepada situasi persempadanan dua negara ini. DMZ sebenarnya adalah zon penampan di antara kedua-dua negara ini dan kebanyakan masa lawatan adalah melihat ke kawasan lapangan yang berada di antara dua negara dengan pemandangan persempadanan Korea Utara yang dikawal ketat.

    Daratan yang terletak di antara dua sempadan ini sebenarnya adalah sama sahaja dengan negara lain yang menempatkan kuasa tentera di sempadan bagi tujuan keselamatan, namun secara ironiknya, ia merupakan satu pemandangan semula jadi yang cantik, yang menjadi habitat kepada pelbagai hidupan liar.

    Kuil Haeinsa

    Kuil Haeinsa ini, yang terletak di pergunungan Kaya, adalah rumah kepada Tripitaka Koreana, iaitu koleksi lengkap akan teks Buddha, terukir pada 80,000 blok kayu antara tahun 1237 dan 1248.

    Bangunan-bangunan dari Janggyeong Pangeon yang bertarikh dari abad ke-15, telah dibina untuk menempatkan blok-blok kayu ini, yang mana dikagumi ramai sebagai satu kerja seni yang luar biasa.

    Sebagai depositori Tertua Tripitaka, mereka mendedahkan kepakaran yang menakjubkan akan penciptaan dan pelaksanaan akan teknik-teknik pemuliharaan yang digunakan bagi memelihara blok-blok kayu ini.

    Kuil Haeinsa di pergunungan Kaya adalah rumah kepada Tripitaka Koreana, iaitu koleksi lengkap teks Buddha yang terukir pada 80,000 blok kayu antara tahun 1237 dan 1248.
    Jejudo atau lebih dikenali sebagai Pulau Jeju atau juga dikenali sebagai ‘Pulau Para Dewa’ merupakan tempat percutian paling popular bagi masyarakat Korea dan juga pelancong antarabangsa.

    Jejudo

    Jejudo atau lebih dikenali sebagai Pulau Jeju atau juga dikenali sebagai ‘Pulau Para Dewa’ merupakan tempat percutian paling popular bagi masyarakat Korea dan juga pelancong-pelancong antarabangsa.

    Ia merupakan salah satu destinasi berbulan madu paling digemari oleh pasangan pengantin di Korea. Campuran pulau ini terdiri daripada gunung berapi, hujan yang kerap dan iklim sederhana, membuatkan ia hampir sama dengan kepulauan Hawaii di Amerika Syarikat.

    Pulau ini menawarkan para pengunjung pelbagai aktiviti seperti mendaki Halla-san (puncak tertinggi di Korea Selatan), melihat matahari terbenam di atas lautan, melihat air terjun yang hebat dan tiub lava, Jeju Loveland, menunggang kuda atau sekadar berbaring di atas pasir pantai.

    Seoraksan National Park

    Sebagai sebuah taman kebangsaan Korea yang popular, Seoraks-san menerima kunjungan pelawat untuk melihat dedaunan bertukar warna pada setiap musim luruh. Taman ini banyak dikunjungi sepanjang tahun.

    Puncak berkarak Seorak-san sering diselubungi oleh kabus, mewujudkan satu pemandangan berawan dalam mana-mana gambar di kawasan tersebut. Taman ini menempatkan beberapa buah kuil yang terkenal, termasuklah Baekdam-sa.

    Bahagian dalam bagi Taebak Mountain Range dinamakan sebagai Inner Seorak. Kawasan-kawasan utama yang lain adalah Outer Seorak dan South Seorak. Ketiga-tiga kawasan ini dibahagikan oleh Daecheong-bong, puncak utama Seorak-san.

    Pasar Namdaemun

    Ini adalah tempat menarik di Korea untuk anda kunjungi. Dinamakan sempena tempat berdekatan iaitu Namdaemun (Gerbang Besar Selatan) dan terletak berhampiran pusat bandar, pasar ini merupakan pasar borong terbesar di Korea yang merangkumi kawasan seluas lebih 10 ekar.

    Ianya dipenuhi dengan lebih daripada 1,000 kedai, gerai, peruncit, penjual tepi jalan dan memiliki beberapa rantaian jabatan kedai-kedai berdekatan. Di sini anda boleh mencari pakaian, kasut, kain, pinggan mangkuk, bunga, sayur-sayuran, produk ginseng, alat permainan dan jam tangan. Di bawah Namdeamun-no (jalan utama ke utara pasar) adalah arked bawah tanah yang luas.

    Busan Haeundae Beach.

    Busan Haeundae Beach

    Busan merupakan pelabuhan yang dikelilingi oleh beberapa buah pantai. Pantai yang terindah sekali setentunya adalah Pantai Haeundae. Sepanjang kira-kira 1.5 kilometer, ianya amat berbaloi untuk dikunjungi pada musim panas dan musim sejuk.

    Semasa musim sejuk, ia merupakan tempat yang indah untuk berjalan-jalan dengan kawanan burung-burung camar berterbangan di udara. Pada musim panas pula, pantai ini sukar untuk dikesan kerana penampan-penampan matahari yang ada. Anda boleh menyewa bot di sana dan semua jenis sukan air yang mungkin disediakan di kawasan pantai.

    Akuarium Busan terletak di pantai dan Yachting Centre juga terletak berdekatan. Di samping itu, terdapat banyak hotel moden terletak di tepi pantai dan sebagainya.

    Resort Ski Yongpyong

    Resort Ski Yongpyong terletak pada aras 7000 meter atas paras laut. Ianya boleh ditemui di pinggir timur Asia, kira-kira 200 kilometer dari Seoul, ibu kota Korea Selatan.

    Dengan purata salji tahunan 250 sentimeter, kawasan persekitarannya adalah begitu indah, yang membolehkan pengunjung menikmati pelbagai sukan musim sejuk termasuklah ski dari pertengahan bulan November hingga awal bulan April.

    Di tapak seluas 4,300 ekar ini, anda boleh menemui padang golf 45 lubang, 31 cerun ski, hotel-hotel premium, kondominium gaya Eropah dan banyak kemudahan riadah yang lain, yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda