Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keindahan negara Jepun cipta satu pengembaraan menarik

    PEMBANGUNAN pesat dengan bangunan pencakar langit di Jepun tidak menenggelamkan keindahan alam dan keunikan budaya rakyatnya.

    Mungkin cara berpakaian berbeza kerana kimono bukan lagi pakaian seharian, namun sikap dan aspek tertentu cara hidup masih kekal, terutama kebersihan dan menghargai tetamu.

    Berkunjung ke Kansai, wilayah selatan Jepun dengan Kyoto bandar raya utama memberi gambaran berbeza bagi penulis Rozimi Hashim berbanding kunjungan ke negara itu sebelum ini kerana kunjungan kali ini atas jemputan Japan National Tourism Organisation (JNTO), dibawa menjelajah perkampungan dan kawasan pedalaman.

    Musim sejuk yang baru bermula menambahkan keindahan pemandangan dengan daun tidak lagi hijau, sebaliknya merah, kuning dan jingga. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, penulis terus ke daerah Wakayama dengan Kota Wakayama menjadi persinggahan pertama, melawat Taman Momijidani yang terletak dalam kawasan kota itu.

    Kota Wakayama atau Istana Nishinomoru yang dibina pada tahun 1585 oleh Toyotomi Hideyoshi sama seperti kota Jepun yang lain dikelilingi parit besar dan binaan pagoda, namun Taman Momijidani menampilkan keunikan dengan keindahan pokok, bunga, tasik kecil, pondok serta suasana damai yang menenangkan.

    Penulis turut berkesempatan mengunjungi Osaka, bandar raya kedua terbesar Jepun selepas Tokyo, mengunjungi Osaka Station City yang mempunyai dua menara iaitu selatan dan utara yang dinamakan North Gate dan South Gate.
    Penulis turut berkesempatan mengunjungi Osaka, bandar raya kedua terbesar Jepun selepas Tokyo, mengunjungi Osaka Station City yang mempunyai dua menara iaitu selatan dan utara yang dinamakan North Gate dan South Gate.
    Hamparan batu yang luas di Dataran Senjojiki yang terbentuk akibat hakisan ombak.
    Hamparan batu yang luas di Dataran Senjojiki yang terbentuk akibat hakisan ombak.
    Keindahan Taman Momijidani semasa musim sejuk di mana daun tidak lagi hijau, sebaliknya merah, kuning dan jingga.
    Keindahan Taman Momijidani semasa musim sejuk di mana daun tidak lagi hijau, sebaliknya merah, kuning dan jingga.
    Shinsaibashi, kawasan beli-belah terbesar Osaka berusia 380 tahun yang asalnya hanya deretan kedai di tepi jalan namun kini mempunyai pelbagai kedai dan gedung, menjual aneka barangan.
    Shinsaibashi, kawasan beli-belah terbesar Osaka berusia 380 tahun yang asalnya hanya deretan kedai di tepi jalan namun kini mempunyai pelbagai kedai dan gedung, menjual aneka barangan.

    Satu lagi tarikan di Wakayama ialah Marine City di Kuroshio yang dibina bercirikan seni bina Portugis. Ia menjual semua jenis hidupan laut, basah atau kering termasuk bahan untuk sushi. Sebuah restoran di situ menawarkan makan seberapa banyak yang boleh untuk satu harga dan boleh dikatakan semua ada, daripada nasi, makanan laut, sushi, malah kari pun ada.

    Pada sebelah petangnya penulis meneruskan perjalanan semakin jauh dari bandar raya Osaka, menuju pekan kecil di tepi laut untuk mengunjungi Jurang Sandan, tebing laut yang tinggi dan amat indah pemandangannya selain Tembok Senjojiki.

    Jurang Sandan, tebing setinggi 50 meter, sepanjang dua kilometer menghadap Lautan Pasifik itu terbentuk hasil hakisan ombak dan kita boleh berjalan hingga ke hujung tebing untuk menikmati pemandangan indah lautan.

    Dari tebing tinggi itu kita boleh berjalan selama 20 minit ke Dataran Senjojiki sebelum menemui hamparan batu yang luas, juga terbentuk akibat hakisan ombak.

    Paling indah pemandangan di kedua-dua tempat itu ialah ketika matahari terbenam di hujung Lautan Pasifik. Terlintas kedua-duanya sesuai sebagai lokasi merakam gambar pengantin sambil berbulan madu dengan berlatar belakang lautan dan tebing.

    Untuk ke sana boleh menaiki kereta api dari ke Stesen JR (Japan Railway) Shirahama Station dan kemudian menaiki bas kira-kira 25 minit. Pada hari ketiga kami dibawa ke daerah Toba yang terkenal dengan pengeluaran mutiara buatan bermutu tinggi yang pasti menjadi tarikan kepada pengunjung wanita.

    Pulau Mutiara Mikimoto di Teluk Toba ialah muzium mutiara yang lengkap, mempamerkan sejarah mutiara buatan yang diasaskan Mikimoto Kokichi pada tahun 1893, bermula dari proses pembenihan mutiara dalam tiram dan dieram sehinggalah proses menyelam mengutip tiram bagi mengambil mutiara di dalamnya.

    Turut dipamerkan penggunaan mutiara dalam pelbagai bentuk, termasuk mahkota, model bangunan serta mutiara terbesar pernah ditemui. Jika mahu membeli barang kemas berasaskan mutiara, bawa wang secukupnya kerana ia turut menyediakan ruang pameran yang menjual pelbagai jenis dan bentuk barang kemas mutiara yang harganya bermula dari ratusan ringgit sehingga ratusan ribu ringgit.

    Pada hari keempat, penulis berkunjung ke muzium ninja di daerah Iga , ‘askar’ yang dimiliki samurai sebagai panglima perang di Jepun. Kita boleh melihat pakaian, peralatan, senjata dan tipu helah yang digunakan ninja, termasuk kediaman yang mempunyai ruang, dinding dan terowong rahsia.

    Marine City di Wakayama, Kuroshio yang dibina bercirikan seni bina Portugis.
    Marine City di Wakayama, Kuroshio yang dibina bercirikan seni bina Portugis.
    Muzium ninja di daerah Iga.
    Muzium ninja di daerah Iga.
    Mungkin cara berpakaian berbeza kerana kimono bukan lagi pakaian seharian, namun sikap dan aspek tertentu cara hidup masih kekal, terutama kebersihan dan menghargai tetamu.
    Mungkin cara berpakaian berbeza kerana kimono bukan lagi pakaian seharian, namun sikap dan aspek tertentu cara hidup masih kekal, terutama kebersihan dan menghargai tetamu.
    Proses menyelam mengutip tiram bagi mengambil mutiara di dalamnya.
    Proses menyelam mengutip tiram bagi mengambil mutiara di dalamnya.

    Muzium di Ueno Park, berdekatan Stesen Uenoshi itu dibuka mulai jam 9 pagi hingga 5 petang, juga menyediakan demonstrasi kemahiran ninja menyembunyikan diri daripada musuh dan bertempur menggunakan pelbagai senjata. Bayaran 400 yen dikenakan bagi setiap seorang dan jika mahu mencuba melontar ‘Shuriken’ dengan bayaran 200 yen bagi lima kali lontaran.

    Pada hari kelima baru penulis berpeluang mengunjungi Osaka, bandar raya kedua terbesar Jepun selepas Tokyo, mengunjungi Osaka Station City yang mempunyai dua menara iaitu selatan dan utara yang dinamakan North Gate dan South Gate. Menara North Gate mempunyai taman terbuka di atas bumbung di tingkat 11, membolehkan kita bersantai dan melihat bandar raya Osaka. Kompleks stesen utama kereta api Jepun itu menghubungkan Osaka dengan bandar serta bandar raya lain, termasuk Tokyo.

    Kami juga berpeluang mengunjungi Shinsaibashi, kawasan beli-belah terbesar Osaka, berusia 380 tahun yang asalnya hanya deretan kedai di tepi jalan namun kini mempunyai pelbagai kedai dan gedung, menjual aneka barangan sama ada pakaian, aksesori, alat elektronik atau barangan cenderamata.

    Banyak kedai sekitar kawasan itu menjual barangan terpakai dari luar Jepun, terutama dari Amerika Syarikat dan Eropah, termasuk pakaian, piring hitam dan cakera padat. Sepanjang Mido-suji Street pula terdapat banyak kedai dan kompleks beli-belah menjual barangan berjenama.

    Keesokannya, penulis menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Haneda (untuk penerbangan domestik) ke Tokyo bagi menghadiri majlis anjuran Japan Tourism Organisaton (JTO) di Akasaka State Guest House atau Istana Akasaka, satu daripada dua rumah tetamu rasmi kerajaan Jepun bagi meraikan pemimpin negara asing.

    Istana Akasaka dibina pada 1909 sebagai istana Putera Mahkota Taisho yang kemudian menjadi Maharaja Jepun. Selepas Perang Dunia Kedua ia menjadi milik kerajaan dan mulai 1974, digunakan bagi menyambut dan meraikan pemimpin negara asing.

    Sebahagian daripada bangunan yang direka arkitek Jepun dengan gaya Barat itu mula dibuka untuk kunjungan orang ramai mulai April 2016.

    Jika ke Tokyo, jangan lepaskan peluang mengunjungi Shibuya yang terkenal sebagai kawasan beli-belah berdekatan Stesen Shibuya. Kawasan itu dianggap daerah paling meriah dan sibuk di Tokyo, mempunyai hampir semuanya dari kedai dan pusat beli-belah, ke restoran dan kelab malam.

    Jepun adalah negara yang bersih, penduduknya yang ramah dan mudah mesra yang sentiasa menjadikannya menarik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda