Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keisya dimarahi peminat

    Penyanyi Keisya Levronka, dimarahi segelintir peminat dari negaranya Indonesia apabila memilih untuk mengadakan konsert sulungnya berjudul Terbuai Pilu pada 28 Oktober, di Zepp, di Kuala Lumpur dan bukannya di Indonesia.

    Keisya, 20, berkata dia faham kemarahan mereka namun baginya dia ada alasan kukuh berbuat demikian dan percaya peminat dari negaranya terus memberikan sokongan.

    “Memang ada yang marah-marah. Tapi bukannya marah yang keterlaluan. Mereka cuma marah kenapa tidak diadakan di Indonesia dulu.

    “Hakikatnya penganjur dari Malaysia terlebih dulu tawarkan peluang itu. Lagipun saya memang sentiasa terharu dengan sokongan peminat dan menganggap Malaysia ibarat rumah kedua,” katanya.

    Berkongsi mengenai persiapan konsert anjuran My Deteksi itu, Keisya bakal menampilkan konsep yang penuh dengan kejutan serta sarat elemen teater.

    “Saya enggan kongsi lebih-lebih tapi ideanya adalah sebuah filem yang di terjemah kepada konsert. Akan ada cerita-cerita mengenai perjalanan hidup, gembira dan sedih yang berlaku pada saya.

    “Seramai 15 orang akan berada atas pentas termasuk band, saya, serta watak-watak teater nanti. Ia campuran pasukan saya dari Indonesia dan juga beberapa yang dipilih dari Malaysia,” katanya. – Agensi

    Keisya menganggap Malaysia ibarat rumah kedua. – KUYOU.ID
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda