Tuesday, October 15, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keith hadiahkan Riena telefon bimbit

    Pelakon dan pengacara, Riena Diana terharu kekasihnya yang juga pelakon, Keith Foo tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat kepadanya.

    Malah, Riena turut menerima hadiah telefon bimbit berjenama mewah keluaran terbaharu yang diberikan kepadanya sebagai tanda sokongan.

    “Saya tak jangka Keith nak hadiah telefon. Dia berikan telefon ini disebabkan pencapai-an saya. Dia selalu cakap berbangga dengan saya.

    “Saya baru sahaja habis menjayakan teater dan pada awalnya, saya tak mahu buat, tapi Keith meyakinkan saya boleh buat,” katanya kepada BH Online.

    Riena berkata, Keith juga mengetahui masalah kurang keyakinan dialami, lebih lagi, bila dapat tawaran sebagai hos Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.

    “Hanya Keith sahaja yang tahu macam mana saya takut dan ada masalah keyakinan diri.

    “Depan orang saya gelak ketawa, tapi orang tak tahu di belakang, saya takut dengan kecaman orang.

    “Jadi, hadiah telefon ini sebagai pemberi semangat buat saya,” katanya.

    Terdahulu, Riena bersama Didie Alias dan Haniff Hamzah diberi tanggungjawab mengendalikan malam kemuncak ABPBH 36 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jumaat lalu. – Agensi

    Hanya Keith mengetahui ketakutan Riena dan masalah keyakinan diri dihadapi. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda