Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keith, Riena mohon doa hubungan mekar ke hari bahagia

    Pasangan pelakon, Keith Foo dan Riena Diana tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh, suatu hari nanti.

    Mengakui menjalin hubungan istimewa, pasangan itu sepakat meminta semua pihak mendoakan yang terbaik, lapor BH Online.

    Keith mengakui perasaan itu hadir secara semula jadi tanpa sebarang paksaan.

    “Saya tidak sangka akan jadi begini kerana berlaku secara semula jadi. Keserasian antara kami sangat kuat.

    “Hingga apabila saya buka mulut, Riena sudah tahu apa yang ingin saya katakan. Semua ciri-ciri wanita yang saya idamkan, ada pada dirinya.

    Mengakui menjalin hubungan istimewa, Keith dan Riena sepakat meminta semua pihak mendoakan yang terbaik. – Agensi

    “Riena contoh wanita yang boleh membuatkan saya kembali jatuh cinta. Saya memang tidak sangka ini akan terjadi tapi itulah yang berlaku sekarang.

    “Doakan yang terbaik buat kami,” katanya ditemui pada majlis sambutan ulang tahun pertama perkahwinan pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzman di sebuah hotel, kelmarin.

    Sementara itu, Riena yang pernah patah hati selepas putus cinta mengakui sudah menemui kebahagiaan dalam hidupnya.

    “Iya saya sudah temui kebahagiaan dan dia (Keith) adalah kebahagiaan saya. Kami bertemu selepas digandingkan dalam drama Salju Rindu siaran TV3 yang masih dalam penggambaran.

    “Sejak dari itu, kami sudah seperti kawan baik dan tidak ada hendak selindung-selindung. Dia seorang lelaki yang baik dan kami saling ambil berat antara satu sama lain,” katanya.

    Tambah pelakon yang meledak menerusi drama rantaian Kampung People itu, status duda pada diri Keith bukanlah halangan buatnya untuk meneruskan hubungan.

    “Saya tidak ada masalah dengan status dia. Saya juga sudah berjumpa dengan anak dan keluarganya,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda