Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keith Urban ada kekasih lain

    Selepas beberapa bulan berpisah dengan Nicole Kidman, muncul khabar angin mendakwa penyanyi Keith Urban mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. 

    Menurut sumber, Keith kini sedang rapat dengan seorang wanita yang tidak diketahui identitinya, dan lebih hangat lagi kisah itu mula menjadi bualan selepas sehari Nicole memfailkan cerai terhadap Keith.

    Memetik laporan mStar, Apa yang mengejutkan, khabar angin itu turut sampai ke pengetahuan bekas isterinya itu. 

    “Tidak pasti sama ada hubungan tersebut bermula sebelum atau selepas mereka sah berpisah pada Jun lalu. Walaupun Nicole tidak menafikannya, dia tetap terkejut,” dedah sumber.

    Berita mengenai cinta baharu Keith kini menjadi bualan hangat terutama di kawasan tempat kediaman penyanyi berusia 57 tahun itu.

    Sebelum ini kisah perpisahan Keith dan Nicole menjadi bualan selepas mereka dikhabarkan tidak lagi tinggal sebumbung sejak Jun lalu. 

    Sehingga saat ini, kedua-duanya masih mengunci mulut mengenai dakwaan perselingkuhan yang menjadi spekulasi hangat dunia hiburan.

    Untuk rekod, Keith dan Nicole berkahwin pada 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata, Sunday Rose, 17, dan Faith Margaret, 14. – Agensi

    Ada pihak dakwa Keith Urban ada wanita lain selepas berpisah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda