Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejadian pelik di bilik hotel

    DALI duduk di atas batu pantai sambil menyaksikan matahari terbenam. Matanya tertacap kepada seorang perempuan wanita yang berjalan di persisiran pantai seorang diri. Lensa kamera yang tadinya diarah kepada matahari yang baru sahaja jatuh, diarahkan pula kepada wanita itu.

    Keindahan pantai pada waktu senja dan wanita itu seolah-olah menarik perhatian Dali untuk mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan koleksi peribadinya. “Dali! jom balik ke hotel.” Suara Akid membingitkan gegendang telinga Dali. Dia hanya mengikut sambil menjeling kearah Akid. “Tak boleh tengok aku senang sikit! Ada yang nak mengacau..”Dali mengomel sendiri.

    “Rehan! Kemana kau tadi? Puas kami cari.” Lina dan Mala memandang tepat ke arah Rehan yang baru muncul sejak keluar petang tadi. “Tak ke mana-mana, jalan-jalan tepi pantai.” Rambut yang melepasi bahu diikat kemas. Lina dan Mala berpandangan, rasa risau yang menebal ditambah pula dengan rasa marah kerana Rehan seperti tidak peduli dan ambil ringan tentang perasaan mereka ketika itu.

    “Apa yang kau bawa tu?” Mala memerhati sesuatu yang berada di tangan Rehan. “Ini aku jumpa sewaktu berjalan-jalan tepi pantai tadi. “Rehan menghulurkan sesuatu kepada Mala.

    Bungkusan itu di belek lama. “Kau tak patut ambil benda ini! pulangkan balik!” Lina menyergah. Bungkusan itu diserahkan semula kepada Rehan. Mala terkejut dengan tindakan Lina itu.

    “Apa masalah kau ni? ” Rehan seperti hilang sabar. Matanya dibulatkan tepat kepada Lina. “Sudah! Kita datang ke sini untuk bercuti bukan bergaduh!” suara Mala sedikit meninggi menyebabkan kedua-dua sahabat ini mendiamkan diri dan membuat hal masing-masing. “aku nak mandi dulu, kalau korang nak pergi makan, pergi dulu.. aku tak lapar.”

    Rehan seakan merajuk. Pintu bilik air di hempas kuat, yang lain hanya menghela nafas kesal.

    “Jom kita turun makan, aku sudah lapar. Tak guna kita tunggu dia tadi.” Lina mencapai beg tangan terus keluar dari bilik, Mala hanya mengikut daripada belakang. Mereka berdua kesal dengan tingkah laku kawan baiknya itu. “Kat mana kita nak makan ni?” Mala meneka butang lift ke tingkat bawah. “Restaurant Selera! Budak kaunter depan tu cakap ramai orang makan dekat sana…”Lina memberi cadangan. Perutnya yang sudah lama berkeroncong minta diisi.

    Mereka berjalan beriringan ke restaurant tersebut, tempatnya nyaman dengan tiupan lembut pantai dan bunyian ombak yang memukul pantai. Bau ikan segar yang dibakar menaikkan selera pengunjung untuk singgah ke Restaurant Selera itu. “Wah!! aku suka tempat ni, nyaman…”

    Lina tersenyum apabila bayu mencecah ke muka. “Patutlah Rehan lambat balik tadi.. sayang nak tinggalkan pantai ni agaknya.” Lina tersenyum lebar. Mereka menghabiskan lauk yang dipesan dan tidak lupa untuk membungkus ikan bakar kesukaan Rehan yang sedang merajuk.

    Rehan melabuhkan punggungnya ke atas katil, rambut yang masih basah dilap kering dengan tuala, perut yang berkeroncong di tekan lama. “Kalau aku tak marah-marah tadi.. boleh pergi makan dengan diorang.” Rehan mengeluh sendiri. Rasa menyesal dengan tindakan sendiri.

    Bungkusan yang dijumpai di tepi pantai di capai, lalu di belek sekejap. “Apa yang ada dalam ni agaknya?” Rehan meneka-neka sendiri.

    Tangannya laju membuka bungkusan itu. Rasa ingin tahu sangat menebal dalam diri. “Apa ini?” Rehan mengeluarkan sebentuk kalung yang di perbuat daripada kulit kerang, lalu di pakai di lehernya yang jinjang.

    “Cantik juga..” Rehan meperagakan kalung itu dihadapan cermin. Tiba-tiba satu kepulan asap keluar daripada kulit kerang itu dan terus meresap ke dalam rongga badan Rehan.

    Rehan tidak dapat bernafas, setiap rongga badannya di penuhi asap yang busuk. Rehan tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri.

    “Panasnya malam ni..” omel Dali sendirian. Dilihatnya Akid sedang lena di buai mimpi indah. Dali membuka pintu dibahagian balkoni bilik itu lalu menghirup udara pagi yang nyaman.

    Panas yang dirasakan telah lenyap seketika. Matanya dipejamkan dan tangannya didepakan. Kaki Dali terus melangkah ke hadapan. Angin yang kuat membuatkan Dali leka seketika. Tiba-tiba terasa bahunya direntap oleh seseorang, Dali terperanjat lalu dia tidak dapat mengimbangkan badannya.

    “Dali! Apa yang kau buat ni?” Akid merentap baju Dali dari belakang. “Aku tak tahu.. aku panas.”Dali sedikit kaget. Terperanjat melihat kolam yang berada jauh di bawah. “Masuk, bahaya di sini!” Akid memberi arahan keras.

    Dali kebingungan, siapa yang mahu menolaknya ke bawah tadi? “Rehan!” kenapa dengan kau ni?” Mala menepuk-nepuk muka Rehan lembut. Rehan yang baru tersedar menggosok pipinya yang terasa pedih. “Kenapa? Apa dah jadi?” Rehan terpinga-pinga memandang kedua-dua kawannya itu.

    “Tadi aku nampak kau nak terjun daripada balkoni bilik ni kenapa? Dah puas hidup?” Lina melenting, rasa marahnya kembali semula. “Rehan, kalau kau ada masalah beritahu pada kami..” Mala sebak air matanya bertakung di kelopak mata. Rehan kebingunggan, apa sebenarnya yang berlaku? Dia tidak ingat apa yang berlaku kepada dirinya pada ketika itu. Otaknya kosong. “Makanan ni kami beli untuk kau, jangan lupa makan…” Mala menghulurkan bungkusan makanan yang dibeli. “Terima kasih.” Rehan tersenyum tawar.

    “Tolong! Tolong!” suara Rehan tiba-tiba didengari oleh Lina yang terpisat-pisat diatas katil sebelah. “Ya Allah! Rehan kenapa ni?” Lina cuba untuk menenangkan Rehan yang meronta-ronta. Mala juga seakan panik dengan keadaan Rehan. Mereka berdua tidak dapat mengawal Rehan yang semakin kasar menolak mereka. “Panas..! panas…!” ayat itu diulang-ulang Rehan sambil bajunya basah dengan peluh.

    “Mengucap Rehan!” Mala cuba menenangkan Rehan yang meronta-ronta diatas katil. Mala panik. Dia pernah melihat Rehan dalam keadaan begitu sewaktu berada di asrama puteri sewaktu mereka sama-sama di tingkatan lima. “Lina! macam mana ni?” Mala binggung. Hanya ayat suci al-Quran yang mampu dibaca saat itu. “Kita sama-sama bacakan ayat al -Quran supaya terhindar daripada gangguan iblis.” Lina berdoa kepada Allah dan ayat kursi tidak putus dibaca. Keadaan Rehan lebih stabil. Lina dan Mala menarik nafas lega.

    “Esok kita balik sahaja.” Lina mula mengemaskan barangnya, baju yang berada di dalam almari dipindahkan ke dalam beg galas yang terletak di bawah katil. Mala hanya mengikut, dia tidak mahu perkara lebih buruk berlaku jika tinggal lebih lama lagi. Percutian yang diatur dengan baik selama tiga hari oleh mereka terpaksa dibatalkan.

    “Akid apa acara kita pagi ni” Dali yang baru keluar bilik air menyidai tualanya di tempat yang disediakan. “Kita sarapan dulu..lepas tu baru fikir” Akid memberi cadangan, sambil kakinya melangkah ke bilik air untuk mandi pula.

    “Tu…apa yang dua orang perempuan tu tengah buat?” Dali memuncungkan bibirnya ke depan mengarah ke pantai. Mereka berdua memerhatikan gerak geri dua gadis itu, salah seorangnya mencampakkan sesuatu ke pantai, riak wajah mereka amat sedih dan akhirnya berpelukan sesama sendiri.

    “Apa yang mereka buat tu agaknya?” Dali menghadapkan lensa kemeranya ke arah dua gadis itu. Setiap yang menjadi tarikannya pasti Akid tidak melepaskan peluang untuk merakamkannya. “Jangan sibuk hal orang lain..makan dulu!” Akid membesarkan biji matanya, Dali hanya tersenyum lalu menyudahkan makanannya yang berbaki.

    Dali dan Akid menghabiskan masa mereka ditepi pantai sambil mencuba pelbagai aktiviti yang di anjurkan oleh pihak hotel sehingga waktu petang. “Seronok juga aktiviti yang ada dekat hotel ni.” Dali melebarkan senyuman manis. Semua kenangan yang terindah mereka telah dirakam di dalam kamera kesayangannya. “Aku pun rasa macam tu juga..” Mereka berdua ketawa kegembiraan.

    Sementara menunggu Akid mengambil kunci di kaunter Dali melihat kembali gambar yang dirakamnya siang tadi di ruang depan pintu lift, tiba-tiba.. Dushh!!! bahu Dali dilanggar seseorang.

    “Tak nampak ke orang nak lalu?” Dali sedikit menjerit mengakibatkan semua mata mengarah kepadanya. “Maaf, saya tidak sengaja..” suara lembut itu menenangkan hati Dali yang mendidih.

    Gadis itu membongkok sambil mengutip barang-barangnya yang jatuh kelantai. “Saya Mala.” Gadis itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan salam perkenalan.

    “Saya Dali.” Dali menyambut penuh mesra dan senyuman yang lebar. “Mana kau dapat benda ni?” tiba-tiba suara Lina menerpa sebaik sahaja keluar daripada lift. “Aku jumpa tepi pantai. Ada masalah?” Dali ingin mengambil kembali kalungnya tetapi ditepis oleh Lina. “Kalung ni merbahaya! Kau tak boleh menyimpan kalung ini!” suara Lina menyinga. Matanya dibulatkan menatap muka Dali yang agak terkejut. Mala hanya diam membisu. Akid yang berjalan mengarah kepada mereka tertanya –tanya apa yang berlaku sebenarnya?

    “Rehan!..Rehan!..” Mala menjerit-jerit, namun tiada sahutan daripada Rehan. “Mana dia pergi?” Lina mula bimbang. Malam tadi merupakan mimpi ngeri buat mereka apabila Rehan yang sedang tidur diganggu oleh makhluk halus.

    Mereka berdua tidak henti-henti membaca ayat suci al-Quran sehinggakan mereka terlelap. “Kita mesti cari Rehan sebelum kita balik!” Lina member arahan, Mala hanya mengangguk setuju. Mereka berlari anak menuju ke arah lift untuk mencari Rehan jika di ada di tingkat bawah.

    Sedang mereka mencari, kelihatan ramai orang sedang berkerumun melihat sesuatu di tepi pantai. Hati Lina seperti diketuk mahu melihat apakah yang berlaku disana. “Rehan!” Mala menjerit apabila melihat Rehan terbaring di pantai.

    Orang ramai mengatakan dia cuba untuk membunuh diri tetapi berjaya di selamatkan oleh orang yang melihat kejadian itu. Mala dan Lina membuat keputusan untuk membawa Rehan pulang ke rumah pada hari itu juga.

    Sejak daripada hari itu, Rehan tidak lagi seperti dulu. Dia lebih suka berkurung di dalam bilik dan apabila tengah malam dia akan meronta kepanasan dan menjerit-jerit seperti dirasuk hantu. Rehan juga sudah tidak terurus lagi.

    Rambutnya berserabai, bajunya tidak berganti dan bau yang tidak menyenangkan akan keluar daripada biliknya setiap kali tengah malam.

    “Siapa kau? Mana asal mu?” seorang ustaz yang dijemput ke rumah diminta untuk mengubati Rehan. “Pergi!!” Rehan meronta kepanasan, asap berkepol-kepol keluar daripada rongga badan Rehan dan masuk semula kedalam kalung yang diperbuat daripada kulit kerang itu.

    Ustaz itu cepat-cepat merentap kalung itu dan di bungkus dengan kain dan dibaca sesuatu kepadanya.

    “Kamu pulangkan semula benda ini ketempat asalnya.” Ustaz itu menasihatkan supaya tidak mengambil sesuatu yang bukan hak sendiri. Mala dan Lina hanya mengangguk faham dan akan memulangkan semula kalung itu ketempat asal. “Jadi dimana Rehan?” Akid menghabiskan air oren yang diminum. “Dia ada dirumah.sudah serik datang kesini katanya..” Mala dan Lina berpandangan sambil tersenyum.

    “Jadi kalung inilah yang awak buang ke pantai pagi tadi?” Dali menyerahkan kalung itu semula kepada Lina. “Ya, untuk memulangkan kembali apa yang bukan hak kami.” Mala mengangguk setuju. Mereka membuat keputusan untuk menanam kalung itu supaya tiada siapa-siapa boleh menjumpai kalung itu. Dali dan Akid mengucapkan terima kasih kerana membantu dan berkongsi cerita yang mereka sendiri tidak pernah mengetahuinya.

    “Agaknya, apa kaitan kejadian ini di hotel ini?” Dali membuka cerita. “Setahun lalu, seorang wanita dipercayai dijumpai mati di dalam kebakaran di salah satu bilik hotel di sini.” Mala mengagguk setuju dengan Lina. Tiba-tiba sahaja Akid tersentak, dia mula ingat mengenai kejadian kemalangan yang menimpa wanita itu.

    Akid mula membuka kameranya, jarinya cepat menekan punat untuk mencari gambar. Akid terduduk kaku. Dali, Mala dan Lina berpandangan sesame sendiri.

    “Kenapa ni Akid?” kelihatan peluh mencurah –curah didahi. “Gambar ni…perempuan ni…” Akid menyerahkan kamera kepada Dali. “Aku tak faham.” Dali mengerutkan dahinya. “Perempuan itu yang mati dalam kebakaran itu..”

    Lina menerangkan kepada Dali. Dali kaget tidak menyangka akan terjadi perkara seperti itu, wanita yang mula-mula dijumpai ditepi pantai itu sudah mati.. dadanya sesak, kepalanya kosong dan akhirnya rebah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda