Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Kejadian pokok tumbang membimbangkan

    Sejak kebelakangan ini, Negara Brunei Darussalam sering mengalami hujan lebat dan angin kencang di seluruh negara.

    Kadang-kala bencana alam itu berlaku tanpa diduga dan secara mengejut hingga menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti pokok tumbang ke jalan raya atau rumah, bumbung rumah dan khemah terbang dan sebagainya.

    Susulan itu, saya menyarankan agar adanya tindak balas kecemasan segera dilaksanakan sebelum bencana itu menyebabkan kerosakan harta benda malah mengorbankan nyawa!
    Daripada pemerhatian saya, terdapat beberapa dahan pokok besar di beberapa batang jalan dan lebuh raya.

    Pokok adalah aset hidup yang bernilai tinggi jika usianya mencecah puluhan tahun serta dapat menyejukkan suhu bandar.

    Namun kesihatan pokok juga perlu diutamakan dan dirawat bagi memastikan ia hidup subur dan sempurna serta tidak mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan orang awam.

    Sehubungan dengan itu, pihak yang berkenaan perlu sentiasa membuat pemantauan dan penilaian terhadap pokok-pokok di tepi jalan terutamanya di kawasan bandar dan lebuh raya bagi mengelak daripada insiden malang berlaku.

    Orang ramai juga perlu memainkan peranan masing-masing seperti melaporkan kepada pihak berkenaan sekiranya ternampak pokok-pokok yang berisiko tumbang di beberapa kawasan jika berlakunya hujan lebat dan angin kencang.

    Haji Kamal

    Kejadian pokok tumbang sehingga merosakkan harta benda yang tular di media sosial – GAMBAR SUMBER WHATSAPP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...