OTTAWA, 27 NOV – Tiga orang maut manakala dua lagi cedera parah dalam kejadian tembakan di Winnipeg, ibu negeri Manitoba di tengah Kanada kelmarin, lapor Xinhua.
Menurut Polis Winnipeg dalam satu kenyataan media, polis yang tiba di lokasi kejadian menemukan lima orang mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tiga lagi mangsa dibawa ke hospital dengan seorang daripada mereka meninggal dunia manakala dua lagi kritikal. – Bernama
