Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejatuhan harga minyak bendung inflasi

    KUALA LUMPUR, 24 MAC – Unjuran keseluruhan RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) terhadap inflasi domestik pada tahun ini menjadi lebih sederhana di tengah-tengah kejatuhan harga minyak global.

    Menurutnya, walaupun kadar inflasi diunjur kekal tidak berubah pada 1.5 peratus pada Februari, agensi penarafan itu menjangkakan ia akan lebih rendah sepanjang tahun ini kepada purata 0.7 peratus bagi tahun penuh berbanding unjuran awal 1.7 peratus.

    “Dengan mengambil kira kegagalan OPEC+ untuk mencapai  kata sepakat terhadap pengurangan output baharu dan permintaan lemah akibat COVID-19, harga minyak mentah Brent diturunkan dari AS$45.3 setong pada 6 Mac kepada AS$27.0 pada 20 Mac,” katanya.

    OPEC+ adalah kumpulan 24 negara pengeluar minyak yang terdiri daripada 14 anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan 10 negara bukan anggota OPEC, termasuk Rusia.

    Perjanjian OPEC+ akan tamat pada 31 Mac 2020. Selepas itu tindakan penentuan harga dan pengeluaran yang tidak terkawal oleh pengeluar minyak akan memburukkan lagi lebihan penawaran dan menyebabkan inventori minyak meningkat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda