Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Perhimpunan Ramah Mesra Belia bertemakan ‘Kejayaan’ bersempena dengan Sambutan Hari Belia Kebangsaan kali ke-13 2018 mempamerkan dua komponen utama iaitu Pameran Usahawan dan Kepimpinan, dan Pameran Ekosistem Keusahawanan.
Kesinambungan daripada perhimpunan ini, satu Pleno Usahawan Belia juga akan diadakan dan dibukakan kepada orang ramai pada 2 Ogos, sebelah pagi sahaja.
Perhimpunan ini bertujuan untuk menghimpunkan usahawan belia yang telah mencapai kecemerlangan di bidang keusahawanan serta usahawan belia yang mempelopori industri-industri baru untuk berkongsi kejayaan dan pengalaman sesama mereka, khususnya kepada para pengunjung.
Di samping itu, Perhimpunan Ramah Mesra Belia pada tahun ini juga mempamerkan agensi-agensi yang menyediakan ekosistem perusahaan atau industri.
Tema perhimpunan pada tahun ini bukan hanya sekadar pernyataan tetapi sebagai pembuktian bahawa golongan belia atau generasi muda pada masa ini sudah ada yang mencapai kejayaan serta dapat menjadi ‘role model’ kepada rakan-rakan belia yang lain.

Selain daripada itu, melalui tema ini juga, diharap pelbagai agensi sama ada di sektor kerajaan atau sektor swasta akan dapat mengembleng tenaga untuk membantu dan menyokong pertumbuhan generasi muda ini.
Kejayaan di dalam konteks tema pada tahun ini adalah melihat kepada usaha serta kegigihan yang ditunjukkan oleh para belia. Di dalam era yang serba mencabar ini, golongan belia di negara ini telah menunjukkan usaha serta semangat di dalam meneroka bidang-bidang baru di sektor keusahawanan.
Fokus bagi Perhimpunan Ramah Mesra Belia pada tahun ini ialah mempamerkan 34 orang usahawan belia yang telah mencapai kejayaan tinggi dalam bidang keusahawanan dengan mengekalkan konsep interaksi di antara usahawan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Dalam temu bual bersama salah seorang peserta pameran, Pengasas Katimahar Agri Park ATV Adventure, Haji Muhd ??Abu Hurairah bin Haji Zainal menjelaskan kepada pihak Media Permata bahawa beliau dan rakannya Haji Muhd ??Azrol Andy bin Haji Azmi memulakan perniagaan sejak awal tahun 2017 dan telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka dalam skala yang lebih besar.
“Pada awalnya, kami hanya mempunyai sebuah ATV dan kami berminat untuk melihat laluan Kampung Katimahar. Oleh itu, kami telahpun bekerjasama dengan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Katimahar dan meminta kebenaran mereka untuk mencari ‘trail’ bagi aktiviti ATV dan dari situ terdapat potensi perniagaan bagi aktiviti ATV dan aktiviti lain yang dapat membantu meningkatkan aktiviti pelancongan di Brunei.”
“Kami bekerja rapat dengan Jabatan Pelancongan dan sejak itu cuba meletakkan Kampung Katimahar dan Katimahar Agri Park di peta dunia supaya lebih ramai orang akan mengetahui mengenai tempat ini.”
Beliau menyeru kepada para belia yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan agar tidak berputus asa dan sentiasa bersemangat untuk meraih kejayaan demi mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.
Manakala itu, Pengasas Bersama Projek Tarbiyyah untuk Kanak-kanak, Dayang Siti Rafeah binti Haji Serbini menjelaskan bahawa Projek Tarbiyyah adalah
program pengayaan saintifik pertama di Brunei, yang meningkatkan kesedaran rohani dan etika moral pada kanak-kanak dalam usia yang muda melalui pendekatan ‘pray and play’.
Program ini direka untuk memastikan kanak-kanak itu sentiasa peka dan ingat terhadap kebesaran Allah SWT dalam kehidupan seharian mereka.
Di Katimahar AgriPark, ia menawarkan pelbagai aktiviti selain dari tunggangan ATV yang termasuk lawatan ke Louis Mini Zoo, ‘buffaloes sighting’, ‘educational tours’, lawatan pendidikan untuk institusi pendidikan dan melawat Taman Herba (Herbs Farm).
Sejak penubuhan kami, kami juga menerima sambutan menggalakkan dari kedua-dua belah pihak tempatan dan pelancong, dan secara purata, Alhamdulillah kami sering menerima hampir 20,000 pelawat dalam tempoh satu bulan.”
Katimahar Agri Park ATV Adventure telah menambah satu aktiviti baru yang dikenali sebagai Perkhemahan ATV, di mana orang ramai berpeluang untuk menikmati penginapan 3 hari 2 malam di hutan Katimahar dan ‘night trailing’ menggunakan ATV sambil menjelajahi dan menyaksikan sendiri keindahan hutan pada waktu malam.
Beliau menyeru kepada para belia yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan agar tidak berputus asa dan sentiasa bersemangat dalam apa juga yang mereka lakukan untuk meraih kejayaan demi sama-sama mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.
Manakala itu, Pengasas Bersama Projek Tarbiyyah untuk Kanak-kanak, Dayang Siti Rafeah binti Haji Serbini menjelaskan bahawa Projek Tarbiyyah adalah program pengayaan saintifik pertama di Brunei, yang meningkatkan kesedaran rohani dan etika moral pada kanak-kanak dalam usia yang muda melalui pendekatan the ‘pray and play’.
Program ini direka untuk memastikan kanak-kanak itu sentiasa peka dan ingat terhadap kebesaran Allah SWT dalam kehidupan seharian mereka.