Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kejayaan di sebalik usaha, doa

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Kejayaan yang dicapai bukan sahaja semata-mata berdasarkan usaha dan pengorbanan yang dilakukan, malahan doa dan restu kedua-dua ibu bapa serta ahli keluarga juga merupakan salah satu keberkatan untuk mencapainya.
     
    Itulah yang diungkapkan oleh rata-rata pelajar cemerlang yang ditemui pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2023 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, baru-baru ini.
     
    Salah seorang pelajar yang ditemui ialah Dayang Zuhrah Fatin Aina binti Mohammad Shukri, pelajar Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah yang merupakan salah seorang pelajar cemerlang dalam kategori Anugerah Pelajar Cemerlang GCE Peringkat A, dan telah mendapat anugerah pencapaian cemerlang Cambridge (COAA) 10 teratas dunia dan tempat keempat dalam mata pelajaran Sociology.
     
    Beliau melahirkan kegembiraan dan bersyukur kerana usaha dan kerja kerasnya diiktiraf oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pendidikan.
     
    Menurut beliau, di sebalik kejayaannya, sumber motivasi utama datang daripada kedua-dua ibu bapa dan guru-guru yang tidak jemu untuk menabur ilmu kepada semua anak didik mereka agar mencapai kejayaan.
    ATAS & BAWAH : Dayang Nur ‘Afelia Imani dan Awang Abdullah antara yang menerima anugerah pada majlis itu. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Dalam kesempatan itu, beliau turut berkongsi tip dan teknik pembelajaran yang dilakukan sebagai persiapan menjelang peperiksaan, iaitu sentiasa membuat ulang kaji menggunakan kertas peperiksaan yang lepas serta sentiasa membuat pembetulan secara konsisten.
     
    “Selain itu, sentiasa merujuk kepada guru-guru untuk memastikan apa yang dibuat berada betul dengan sukatan pelajaran,” jelasnya.
     
    Untuk perancangan seterusnya, beliau berharap agar berpeluang bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.
     
    Sementara itu, bagi Awang Abdullah bin Haji Ahmad Yazid dari Sekolah Menengah Berakas, walaupun berasa gembira dengan keputusan yang diperolehi, tapi ia tidak bermaksud usaha tersebut cukup setakat itu sahaja.
     
    Beliau dengan penuh semangat menjadikan kejayaan yang diperolehi hari ini sebagai pembakar semangat untuk terus melihat ke hadapan dan memberikan tumpuan dalam peperiksaan di Peringkat A, kerana sudah pasti setiap peperiksaan itu ada cabaran yang perlu dilalui.
     
    Penerima anugerah dalam kategori Brunei Cambridge Peringkat O dengan mendapat keputusan sangat cemerlang 6A dan keputusan cemerlang 3A itu berkongsi bahawa beliau sentiasa melakukan rutin pembelajaran apabila berada di rumah di samping menghadiri kelas tambahan persendirian untuk memantapkan lagi pemahaman apa yang dipelajari.
     
    Beliau seterusnya berharap akan lebih fokus untuk mendapat keputusan lebih baik lagi di Peringkat A.
     
    Sementara itu, pelajar dari Sekolah Rendah Jigsaw, Dayang Nur ‘Afelia Imani binti Mohammad yang menerima anugerah dalam Kategori Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pula menjelaskan, segala usaha yang dibuat untuk Peperiksaan PSR telah membuahkan hasil yang menggembirakan.
     
    Menurutnya, beliau sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan dan jangan pernah mengalah dalam menghadapi cabaran. 
     
    Beliau lebih selesa membuat ulang kaji bersama kawan-kawan di mana mereka sering membuat ujian sesama sendiri bagi memastikan apa yang dipelajari dapat difahami dengan baik di samping menghadiri kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah pada setiap hari Jumaat.
     
    Di samping membuat ulang kaji bersama kawan-kawan, beliau juga sering membaca buku dan kemudian menghafal semula sebagai persediaan sebelum menjelang peperiksaan.
     
    Dengan anugerah yang diterima itu, beliau berharap akan terus berusaha dengan lebih baik lagi dan meraih lebih banyak anugerah pada masa akan datang.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...