Tuesday, April 8, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejayaan luar biasa, Mat Kilau disebut dalam Bajet 2023

    Pengarah terkenal, Syamsul Yusof berbangga apabila filem epik sentuhannya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan jadi sebutan dalam pembentangan Bajet 2023.

    Ia lantas mendorong kerajaan membantu pembikin filem menghasilkan lebih banyak filem kenegaraan menerusi Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN) berjumlah RM50 juta yang diperuntukkan.

    Kata Syamsul, dia berterima kasih atas keprihatinan kerajaan dalam membantu memartabatkan filem kenegaraan.

    “Kejayaan luar biasa filem Mat Kilau bukan sahaja di Malaysia, malah Singapura dan Brunei Darussalam. Ia juga trending di platform penstriman Netflix di beberapa negara.

    “Alhamdulillah, dengan kejayaan ini membuka mata kerajaan dalam memandang industri bukan hanya hiburan semata-mata, tetapi boleh menaikkan semangat patriotik dan tanamkan rasa cinta pada negara.

    “Kali ini, saya melihat kerajaan sememangnya memberi sokongan padu kepada penerbit filem yang mahu menghasilkan filem epik yang benar-benar menaikkan semangat.

    “Jadi, saya rasa bukan saya seorang sahaja yang gembira, tetapi pengkarya lain berbesar hati dan berterima kasih kepada kerajaan,” katanya kepada BH Online.

    Malah, Syamsul berkata, dia juga gembira apabila ura-ura didengar sebelum ini mengenai sokongan itu menjadi nyata apabila dibentangkan dalam Bajet 2023, hari ini. – Agensi

    Syamsul gembira apabila ura-ura didengar mengenai sokongan kerajaan menjadi nyata apabila dibentangkan dalam bajet 2023, hari ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda