Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kejayaan OWB pacu perlindungan hidupan marin

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Kejayaan Minggu Lautan Brunei (OWB) telah menonjolkan kepentingan kerjasama dan menyepadukan pemuliharaan biodiversiti ke dalam pembangunan ekonomi biru sebagai pemacu pembangunan mampan.

    Merangkumi 70 peratus daripada planet kita, lautan mempunyai potensi besar untuk pertumbuhan ekonomi, inovasi dan kelestarian alam sekitar. Dalam era di mana pembangunan mampan adalah terpenting, Brunei perlu melakar hala tuju ke arah ekonomi biru yang makmur dan berdaya tahan melalui kerjasama-kerjasama yang lebih strategik.

    Melalui kerjasama dengan pihak berkepentingan tempatan, badan-badan kerajaan, syarikat swasta, jiran serantau dan organisasi antarabangsa, Brunei boleh memanfaatkan potensi besar sumber marinnya. Usaha kerjasama ini boleh memacu pertumbuhan ekonomi selanjutnya, mewujudkan pekerjaan baharu dan melindungi biodiversiti marin.

    OWB yang julung kali dianjurkan oleh Poni Divers dan Poni Foundation, dengan kerjasama Jabatan Perikanan bertujuan untuk memainkan peranan penting dalam memajukan wawasan ini melalui pelbagai perbincangan dan inisiatif strategik melalui kerjasama dan perkongsian.

    Pelancaran Bebola Karang LAUT Midi yang pertama semasa acara Hari Lautan Sedunia di Jabatan Perikanan bermatlamat untuk menghubungkan Projek Bebola Karang Sarawak yang berjaya dan mewujudkan tembok terumbu tiruan yang berterusan dengan menggunakan bebola karang untuk memulihkan dan melindungi habitat marin, menghalang aktiviti pukat tunda secara haram dan menyediakan tempat pembiakan dan habitat baharu untuk hidupan marin.

    Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai batu asas Projek Terumbu Bebola Karang yang dihasrat untuk mencapai berat kira-kira 1 tan, dengan ketinggian 1 meter (m) dan lebar 1.3m direka khusus untuk perairan Brunei dan merupakan yang pertama di dunia, dengan ia dicetak 3D dari jauh dengan sokongan daripada Pengasas Reef Ball Foundation di Florida,Todd Barber, dipasang secara tempatan, dengan acuan gentian kaca direka secara tempatan dan bebola karang sebenar yang direka di sini dengan bahan-bahan tempatan.

    Projek Tembok Bebola Karang pula menyasarkan untuk menggunakan 5,000 bebola karang sepanjang lima tahun akan datang untuk melindungi dan memulihkan terumbu karang Brunei, membina tempat pembiakan baharu untuk meningkatkan stok perikanan, dan untuk menghalang aktiviti pukat tunda haram.

    Projek Bebola Karang Sarawak bagi mewujudkan tembok terumbu tiruan. – GAMBAR SERAHAN PONI MARINE
    GAMBAR SERAHAN PONI MARINE
    GAMBAR SERAHAN PONI MARINE
    GAMBAR SERAHAN PONI MARINE

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Peguam veteran peroleh PhD pada usia 85 tahun

    KUALA NERUS - Ketabahan dan semangat kental Datuk Dr...

    Majlis rai ulang tahun ke-40 UBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Sempena Sambutan Ulang...

    Lebih 20 kontena zink radioaktif terkandas di luar pantai Filipina

    MANILA, 31 OKT – Lebih 20 kontena zink radioaktif...

    Lelaki bangsa Iban terima hidayah

    Oleh Yusrin Junaidi   BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Seorang...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...