SINGAPURA, 6 APRIL – Kejayaan kerjasama antara Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Singapura dalam penggunaan sijil kesihatan digital yang mengandungi data hasil ujian COVID-19 boleh menjadi model kepada pihak lain. Dari 1 Mei 2021, penumpang ke Singapura boleh menggunakan Pas Perjalanan IATA untuk berkongsi hasil ujian PCR COVID-19 ketika mendaftar masuk dengan syarikat penerbangan serta