Oleh Sim Y. H. – BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Sejak pelancarannya pada 2007, Wawasan Brunei 2035 telah menjadi kerangka rujukan utama negara dalam menggubal dasar dan merangka pelan pembangunan jangka panjang. Wawasan Brunei 2035 menetapkan tiga matlamat utama iaitu Rakyat yang Berpendidikan dan Berkemahiran Tinggi dan Berjaya, Kualiti Kehidupan Rakyat yang Tinggi serta

