Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan 4×4 off-road bakal kembali lagi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Majlis Perundingan Kampung, Kampong Kilanas melalui Biro Explorasi akan mengungkayahkan Kejohanan Kilanas 4X4-Bukit Dadap Offroad Challenge 2025 sempena sambutan Hari Keluarga pada 2 hingga 4 Mei nanti.

    Acara selama empat hari berkenaan akan membuka peluang kepada penggemar kereta pacuan 4 roda untuk mempertandingkan kenderaan mereka dalam suasana yang lasak dan mencabar. 

    Terdapat dua kategori akan dipertandingkan iaitu individu terbuka dan isi padu bebas. Sebanyak 42 buah kenderaan dijangka akan bertanding di kejohanan berkenaan.

    Menurut Majlis Perundingan Kampung Kilanas ketika dihubungi, tujuan dan matlamat kejohanan ini diadakan adalah bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan yang saban tahun disambut pada setiap bulan Mei di negara Brunei Darussalam.

    Selain itu, ia juga sebagai satu bentuk riadah dan santai bersama keluarga dan rakan taulan di samping mengukuhkan perpaduan sesama penggemar pacuan 4 roda di negara Brunei Darussalam dan luar negara.

    Melalui acara berkenaan juga, ianya akan dapat membina daya tahan diri serta menguji kemahiran minda untuk berfikir cara pemanduan dan pengendalian kenderaan pacuan 4 roda yang betul semasa menghadapi situasi yang sukar dan mencabar.

    Orang ramai terutama dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi acara pada tarikh yang telah ditetapkan.

     Kejohanan Kilanas 4×4 off-road bakal kembali lagi.
    Ahli jawatankuasa acara sedang mencuba trek yang akan digunakan dalam kejohanan nanti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda