Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan badminton bekas pelajar CHMS giat berlangsung

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Kejohanan Badminton Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa (CHMS) 2017 diteruskan lagi hari ini setelah ia dirasmikan baru-baru ini oleh Penasihat Kehormat persatuan berkenaan, Dr Chan Sui Kiat di The Centrepoint, Gadong.

    Pada perlawanan pembukaan Kumpulan A menyaksikan pasukan BNBA ‘B’ tewas di tangan pasukan Fu Zhou Shih Yii, sementara itu dalam saingan Kumpulan B pasukan CHMS KB pula tampil pemenang ke atas pasukan CHMS B dengan mata 2-1.

    Dalam Kumpulan E pula menyaksikan pasukan Westlake Tyre tampil pemenang ke atas pasukan Kedutaan Indonesia dengan mata 3-0 dan perlawanan terakhir pada Jumaat lalu menyaksikan pasukan Chempaka ‘A’ tampil pemenang ke atas pasukan NP.

    Pada hari kedua kejohanan pasukan LCB ‘I’ tewas kepada pasukan Persatuan Bola Keranjang Brunei dengan mata 0–3 dan pasukan kedua KCB turut tewas di tangan pasukan CHMS BSB dengan mata 3-0.

    Antara aksi perlawanan di hari ketiga kelmarin.
    Antara aksi perlawanan di hari ketiga kelmarin.

    Pasukan St Andrew pula terpaksa akur dengan kekalahan di tangan pasukan BNBA ‘A’ dengan mata 0-3 di dalam Kumpulan C dan diikuti dengan tewasnya pasukan Kedutaan China di tangan Persatuan Masyarakat Thailand di Brunei dengan mata 0-3 di dalam Kumpulan D.

    Perlawanan kedua dalam Kumpulan E menyaksikan pasukan TD-2017 menumpaskan pasukan Tema Beta dengan mata 0-3 dan di dalam Kumpulan F pula menyaksikan pasukan Team Alpha tewas di tangan pasukan Shuttle Blacks dengan mata 3-0.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda