Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan badminton erat silaturahim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lumapas B baru-baru ini telah menganjurkan kejohanan badminton yang diadakan selama tiga hari bermula 1 hingga 3 November lalu yang diadakan di Dewan Kompleks Sungai Asam.

    Dalam kejohanan itu, enam kategori telah dipertandingakan iaitu Regu Terbuka Lelaki Bawah 35 tahun, Regu Terbuka Wanita Bawah 35 tahun, Regu Lelaki 36 hingga 49 tahun, Regu Wanita 36 hingga 49 tahun, Regu Veteran Wanita Campuran 50 tahun ke atas dan Regu Veteran Lelaki Campuran 50 tahun ke atas.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyaksikan perlawanan akhir kejohanan badminton itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

    Turut hadir ialah Ketua Kampung Lumapas B, Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, serta ketua-ketua kampung di Mukim Lumapas.

    Awang Mohammad Sofian dan para pemenang bergambar ramai semasa kejohanan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MPK LUMAPAS B
    Para pemenang bergambar bersama hadiah yang dimenangi semasa kejohanan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MPK LUMAPAS B

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda