Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Kejohanan Badminton HJC kali ke-2 berjaya menyerlahkan prestasi menarik dan potensi besar khususnya pemain-pemain muda pada perlawanan akhir kejohanan itu di Jerudong, hari ini.
Dalam kejohanan tersebut, seramai 34 orang pemain junior dan senior telah menyertai kejohanan sehari yang dibahagikan kepada perlawanan beregu dalam 3 kategori.
Pada kejohanan itu, Ketua Kampung Telisai, Awang Sofian bin Haji Mohd Yussof, hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Kategori pertama, telah dijuarai oleh pasangan Awang Hadif Merun dengan Jurainah Haji Jait, manakala naib juara disandang oleh Mohd Reza Yunus dengan Merun Haji Jait.
Pasangan beregu, Dayang Jabaidah Haji Jait dengan Dedyardie menduduki tempat ketiga.

Sementara beregu gandingan, Hirzi dengan Hamisham Mahmud menjuarai kategori kedua, selepas menewaskan pasukan Samle dengan Khalisatulwafa Dr. Kharhan, sementara pasangan Dayang Hareitta dan Adzwar Dr. Adam berada di tempat ketiga.
Kategori ketiga, menyaksikan kehebatan pasukan beregu, Awang Aiman Sofian dengan Khalisah yang telah merangkul juara setelah menerima saingan hebat daripada pasangan, Nurfawizah Dedyardie dengan Faiq Darwisy.
Manakalah Siti Norana Syahidah dengan Hajah Ernye Maisurah dan pasangan beregu, Pengiran Aidah dengan Norhani Haji Jait masing-masing berpuas hati menduduki tempat keempat.
Kejohanan tersebut dihasratkan untuk mengilap potensi pemain-pemain, khususnya, pemain muda untuk meningkatkan pengalaman dalam menyertai pertandingan-pertandingan tempatan.
Disamping menjadi landasan terbaik bagi menyuntik semangat kepada semua pemain untuk terus meningkatkan mutu dan kemahiran dalam sukan badminton.

