TUTONG, 30 Dis – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bukit baru-baru ini telah mengadakan kejohanan badminton khusus kepada penduduk Kampung Bukit dan Kampung Long Mayan, Tutong.
Kejohanan itu telah menyaksikan gandingan Haskani dan Rohaimi menjuarai bagi Kategori Beregu Veteran dan bagi Kategori Beregu Terbuka pula dimenangi oleh pasangan beregu Yasim dan Norfarizul.
Dalam Kategori Beregu Campuran pula dimenangi oleh pasangan Junaidy dan Celeny Rohana Roma Tius.
Seramai 18 peserta beregu telah menyertai kejohanan yang mempertandingkan tiga kategori iaitu Kategori Beregu Terbuka, Beregu Veteran dan Beregu Campuran.
Hadir bagi merasmikan kejohanan tersebut ialah Penghulu Mukim Ukong, Haji Omar bin Abdul Aziz sementara hadiah disampaikan oleh Ketua Kampung Bukit, Haji Sadiqin bin Abdullah Janjam.
Acara seumpama ini merupakan salah satu aktiviti tahunan MPK dan juga bagi mengeratkan lagi silaturahim di kalangan penduduk kampong.
