Isnin, Julai 28, 2025
No menu items!
27.6 C
Brunei
No menu items!

    Berita Terkini

    Kejohanan badminton PBKBD galakkan penyertaan wanita

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Pasangan Siti Nurhayati dan Nur Farahizzati dinobatkan sebagai juara bagi kategori Elite dalam perlawanan akhir beregu wanita Kejohanan Super Smasher Women in Badminton (WIB) selepas menewaskan gandingan Amy Foo dan Siti Noor Fatiha dengan keputusan 2-1 baru-baru ini.

    Sementara tempat ketiga dalam kategori tersebut dimenangi oleh pasangan Norazila dan Nuraqilah.

    Dalam kategori Intermediate pula, Audrina Haziqah dan Nurul Naqiyah Zakiyah muncul juara selepas menewaskan Halimatul Masrini dan Dk Amal Nazurah. Manakala tempat ketiga dimiliki oleh pasangan Nurul Asyiqin dan Rachel Pong.

    Bagi kategori Novice, gandingan Amelia Koh dan Lee Xin Jeay berjaya menundukkan Jaslene Lim dan Sherreen Nyau untuk meraih gelaran juara, sementara tempat ketiga disandang oleh Dk Amal Nazurah dan Ho Siew Swian.

    Dalam kategori gabungan Intermediate dan Novice, pasangan Amal Hidayah dan Rafidah muncul sebagai juara selepas mengalahkan Nurdalila Bazilah dan Adeline Ng. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Nicole Chan dan Lim Swee Gee.

    Hadiah kepada para pemenang bagi kategori Elite dan Intermediate telah disampaikan oleh tetamu kehormat, Dayangku Nurul Aqillah binti Pengiran Haji Ismail, selaku wakil daripada Al Nur Boutique iaitu penaja utama kejohanan WIB.

    Sementara itu, wakil daripada Honey Carsmart, Dayang Kate Lim Ching Eng, menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori Novice serta Intermediate dan Novice.

    Semua pemenang menerima hadiah berupa wang tunai dan pingat sebagai penghargaan atas pencapaian masing-masing.

    Kejohanan berprestij ini telah dianjurkan oleh Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam (PBKBD) sejak 19 Julai di Kompleks Sukan Menglait, Gadong. Turut hadir menyaksikan kejohanan ialah Setiausaha Agung PBKBD, Dayang Nabilah Haji Suhaili, bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PBKBD.

    Kejohanan tersebut diadakan dengan tujuan memperkasa wanita dan kanak-kanak perempuan melalui penglibatan aktif dalam sukan badminton, selain sebagai platform untuk memperluas ilmu serta memupuk nilai-nilai murni seperti bertolak ansur, keyakinan diri, rasa tanggungjawab dan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan fizikal.

    Sesi bergambar ramai antara penganjur dan peserta dalam kejohanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN PBKBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda